Susulan membawa watak orang ketiga di dalam sebuah drama, pelakon Mimi Lana menerima pelbagai respons daripada penonton.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Cantik, Penyondol Cuma Perlu Lelaki Tak Reti Bersyukur’ – Mimi Lana
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Lana Bersederhana Dalam Emosi, Kekal Profesional Dengan Syafiq Kyle – ‘Boleh Memaafkan Tetapi Tidak Melupakan’
Hanya sekadar watak
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Mimi atau nama sebenarnya Rozaiana Zainal Abidin mengetahui, rata-rata penonton berasa kesal dengan watak yang dimainkan.
Namun, Mimi meminta penonton untuk tidak mendoakan perkara negatif terhadapnya.
Saya faham semua orang tengah marah sangat dengan karakter Intan di dalam drama Andai Tiada Dia buat masa sekarang, tambah pula isu penyondol di dalam rumah tangga ni tengah hangat untuk sekalian rakyat jelata.
Awak semua janganlah mendoakan perkara yang tidak baik atas nama sebenar saya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 29 tahun tersebut menegaskan bahawa personaliti dirinya tidak sama dengan watak yang dibawa.
Oleh itu, Mimi berharap orang ramai dapat mengambil pengajaran dan menikmati lakonannya tanpa mengaitkan dengan hal peribadi.
Intan sama sekali bukan Mimi Lana.
Saya hanya interpretasi watak yang sedang berlaku di sekeliling kita semua untuk kita semua ambil iktibar dan jauhkan perangai macam Intan dari kita semua.
Untuk info, drama yang penuh dengan emosi tersebut mengisarkan tentang kehidupan suami isteri yang bergelut dengan dilema untuk mendapatkan zuriat, ditambah pula dengan kehadiran orang ketiga.
Selain Mimi, drama tersebut turut dibintangi Ummi Nadzeera, Hisyam Hamid, Zahiril Adzim dan Kodi Rasheed.
Sumber: IG Mimi Lana