berita

‘Bayar Semula Wang Saya, Settle’ – Aeril Zafrel Minta ‘Datuk’ Minyak Wangi Pulangkan RM100 Ribu

October 19th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Sebelum ini heboh di ruangan media sosial berita pasangan pelakon, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendakwa mereka ditipu sejumlah wang oleh seorang ahli perniagaan berstatus ‘Datuk’. Kes penipuan yang melibatkan wang berjumlah RM100 ribu mula meraih perhatian apabila pelakon siri popular Patahnya Sebelah Sayap itu memuat naik di Instagram foto Datuk terbabit diiringi status yang panjang.

Di dalam pos berkenaan, Aeril mengatakan yang dia sudah pun cuba untuk menghubungi Datuk berkenaan sejak 19 bulan lalu tetapi gagal. Hari ini, menerusi Mangga Media, dilaporkan bahawa ahli perniagaan tersebut akhirnya telah memilih untuk menghubungi Aeril melalui Whatsapp hanya selepas kali ketiga pelakon tersebut menghebohkan fakta kes tipu itu di laman Instagramnya.

“Kebenaran akan terungkai tidak lama lagi”

 

Aeril ketika ditemui Mangga Media di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, baru-baru ini mengatakan bahawa mesejnya hanya sekadar menulis ‘kebenaran akan terungkai tidak lama lagi’, dan menurut Aeril dia tidak memahami apa yang dimaksudkan ahli perniagaan tersebut.

Pada saya, dia bayar semula wang saya, kira selesailah. Saya mahu wang saya semula. RM100, 000 ribu bukan jumlah sedikit.

Apa yang saya muatnaik di IG itu adalah fakta dan bukannya ditokok tambah. Saya bagi peluang dia datang berjumpa saya tetapi dia mendiamkan diri.

Bagi peluang tapi diamkan diri

Saya faham memang sukar nak bayar jumlah itu sekaligus tetapi saya boleh terima kalau dia bayar semula secara ansuran.

Ini macam dia nak melarikan diri. Ikut kontrak perjanjian dulu, selepas saya labur jumlah wang tersebut dalam masa tiga bulan barang-barang produk bisnes akan dikeluarkan dari pihaknya.

Tapi barang tak keluar dan sudah tentulah saya tuntut wang pelaburan saya dikembalikan.

Baru-baru ini, Rozita Che Wan atau senang disapa Che Ta turut mendakwa bahawa dia telah ditipu sebanyak RM50 ribu oleh ahli perniagaan yang sama dalam satu perjanjian minyak wangi tahun lepas.

Sumber: Mangga Media, Aeril Zafrel

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×