Dilahirkan sekitar Mei lalu, anak kedua Anzalna Nasir, Mohamad Emirhan, kini sudah berusia 5 bulan. Teruja dengan kelahiran bayi kedua tersebut, Anzalna sempat berseloroh ingin menambah cahaya mata.
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Suka Belanja Mewah Untuk Anak, Tak Pernah Beli Barangan Tiruan
Artikel Berkaitan: Genap 7 Hari, Anzalna Kongsi Wajah & Umum Nama Anak Kedua ‘Mohamad Emirhan’
Artikel Berkaitan: Jantina Anak Masih Dirahsiakan, Anzalna Selamat Bersalin Anak Kedua
‘Cepat besar, nak bagi adik ni’
Menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram Anzalna, pelakon drama Dendam Aurora itu memuat naik foto terkini anaknya. Namun apa yang lebih mencuri perhatian peminat ialah kapsyen ditulis Anzalna yang tidak sabar ingin menambah anak tapi terpaksa menunggu anak keduanya, Mohamad Emirhan besar terlebih dahulu.
Selamat berusia 5 bulan Emirhan! Membesar cepat mommy tak sabar nak bagi adik!
Rentetan daripada itu, ruangan komen penuh dengan netizen yang bersetuju untuk Anzalna menambah anak kerana rupa paras Emirhan yang membuatkan ramai terpesona.
Netizen sokong Anzalna tambah anak
Terdahulu, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidress dan Mohamad Emirhan.
Sumber: Anzalna Nasir