Sejak kebelakangan ini, berita mengenai kes pembuangan bayi semakin bertambah dan membimbangkan masyarakat. Pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak berhati perut ini untuk membuang anak yang baru dilahirkan. Termasuk diletakkan didalam tong sampah, mangkuk tandas dan sanggup meletakkan di hentian bas. Memang kejam!
Seorang pembantu kedai kopi berusia 44 tahun telah mendengar tangisan bayi di hentian bas ketika berjalan pulang ke rumah. Dia mendekati tangisan tersebut dan apa yang ditemuinya ini sangat menyedihkan.
Tangisan dari kotak
Menurut Astro Awani, seorang bayi perempuan berusia antara enam hingga 12 bulan ditemui ditinggalkan dalam sebuah kotak di pondok hentian bas di Kampung Rastamas, Tawau. Tangisan bayi ini didengari oleh seorang pembantu kedai makan yang dalam perjalanan pulang dari kerja. Dia terkejut mendengar tangisan dari dalam sebuah kotak.
Dia menghampiri dan terkejut apabila mendapati seorang bayi cukup sifat menangis dalam kotak tersebut.
Berpakaian merah jambu
Dia kemudian terus menuju ke kawasan pondok perhentian bas dan melihat bayi perempuan berbaju berwarna merah jambu, berkulit cerah diletakkan di dalam kotak. Melihat keadaan bayi yang masih hidup dan menangis, wanita itu membawa bayi bersama barang yang ditinggalkan ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.
Syukur tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan bayi dan hanya terdapat alahan pada kulit di bahagian leher dan celah kangkang. Bayi berkenaan masih lagi ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut. Tambah pula, bayi berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tindakan seterusnya.
Credit: Astro Awani