Seorang bayi pramatang dilaporkan meninggal dunia selepas menjalani sesi fotografi di sebuah klinik.
Artikel Berkaitan: Bayi Dua Bulan Meninggal Dunia Didakwa Kerana Kecuaian Pengasuh
Artikel Berkaitan: Bapa Tak Sanggup Lihat CCTV Anak Didera Pengasuh Taska, Dipukul Berkali-Kali Ketika Makan
Keluarga sedih & kecewa
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Tribun News, kejadian yang berlaku di Indonesia itu menyaksikan pihak klinik telah didakwa melakukan pengabaian terhadap bayi berkenaan kerana menjalankan sesi fotografi tanpa pengetahuan dan persetujuan ibu bapa mangsa.
Dalam beberapa hantaran di media sosial, ahli keluarga bayi itu memuat naik gambar serta video dan meluahkan rasa kesal berhubung perkara tersebut.
Bayi seberat 1.5 kg sepatutnya berada dalam inkubator, dijaga dengan baik dan betul di NICU. Tapi sebaliknya anda menjadikannya sebagai konten dan ‘review’.
Bayi pramatang itu lahir pada 6 November lalu dan pada keesokkan harinya pihak klinik telah membenarkannya pulang. Bagaimanapun, bayi malang tersebut tidak berada dalam keadaan yang baik.
Pada Selasa (7 November) jam 8.30 pagi, bayi itu disuruh pulang dan tiada sebarang surat atau dokumen diberikan.
Difahamkan bayi itu telah dijaga oleh keluarganya di rumah namun dia tidak mahu minum susu ibu sehingga meninggal dunia.
Susulan itu, keluarga mangsa mengambil tindakan tegas dengan melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis.
Sementara itu, insiden tersebut juga telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata menyifatkan tindakan pihak klinik berkenaan adalah tidak bertanggungjawab kerana melibatkan nyawa bayi yang masih lemah.
Sumber: Tribun News