berita

Beast, 4Minute & G.NA Di Malaysia Jun Ini!

May 20th, 2013 | by Ai
Kini Trending

AIA_K-POP_online_banner_1_2

Anda suka dengar lagu-lagu K-Pop? Dah lama teringin nak pergi ke konsert seperti ini tapi tak berkesempatan? Haa ni ada berita gembira buat anda semua! Kumpulan dan artis K-Pop terkenal seperti Beast, 4Minute dan G.NA akan ke Malaysia untuk membuat persembahan di Stadium Putra Bukit Jalil bulan Jun ini!

Konsert yang bertemakan ‘Be real. Love it. Live it.’ ini merupakan konsert ‘private’ yang ditaja oleh AIA Bhd. Tapi jangan risau, walaupun ianya ‘private’ anda masih berpeluang untuk turut serta kerana ada lebih kurang 2,000 keping tiket premium boleh didapati melalui Parallel Media Group.

8b21a_beast_b9

Tiket yang berharga dari RM250 hingga RM450 itu akan mula dijual di semua Ticket Charge outlet pada hari ini (20 Mei).

Dan istimewa untuk semua peminat tegar K-Pop, anda boleh mendapatkan tiket dengan harga yang lebih rendah antara RM200 ke RM400 jika anda mendaftar di laman web AIA KPOP.

4minute

4Minute

Bukan setakat mendaftar sahaja tau, anda mestilah mencetak pengesahan pendaftaran dan bawa ia bersama-sama ke outlet Ticket Charge dari 20-25 Mei 2013 untuk mendapatkan tiket dengan harga istimewa ini.

Konsert ini khabarnya akan diadakan pada 27 Jun ini. Kami pasti ramai yang tak sabar-sabar nak pergi ke konsert ni kan? Jadi tunggu apa lagi, dapatkan tiket anda sekarang kalau tak mahu ketinggalan!

Rugi sangat siapa yang tak pergi sebab bukan selalu nama-nama besar seperti mereka nak datang buat persembahan kat Malaysia, kan?

g.na

G.NA

Jom tengok dulu video terbaru dari G.NA, Beast & 4Minute di bawah ni.

SKIP THIS AD ×