Masih belum reda konflik antara keluarga penyanyi veteran Datuk ND Lala yang hangat diperkatakan oleh warganet ketika ini.
Terbaharu, bekas isteri Amir Shafiq iaitu Nurul Anis Waheeda tampil mendedahkan bahawa gelang tangannya pernah digadai lelaki itu.
Artikel Berkaitan: ‘Kau Dayus Pukul Aku & Kakak, Nafkah Anak Tertunggak, Jantan Takda Telur’ – Bekas Isteri ‘Londehkan’ Amir Shafiq
Artikel Berkaitan: ‘Kau Jangan Cuba Lempang Isteri Aku Lagi’ – Ubai MZ ‘Warning’ Adik Lelaki Shila Amzah
Dedah sikap buruk Shafiq
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Anis memuat naik tangkap layar perbualannya bersama bekas ibu mentua, Fauziah Sarman berhubung isu gelang tersebut.
Tak habis-habis dia nak tegakkan benang yang basah. Ini bukti kau gadaikan gelang aku hasil titik peluh aku.
Dulu sebab bodoh, ikutkan je apa kehendak kau.
Masa ini aku terpaksa minta dekat mak kau pasal gelang aku sebelum aku angkut barang-barang aku dekat rumah kau tu.
Kau nak aku buktikan lagi yang kau kerja on off. Berbakul-bakul alasan tentang nafkah anak? Hutang aku? Nak pinjam duit dengan aku? Pinjam kereta aku?
Dalam masa yang sama, wanita tersebut juga mendakwa Shafiq pernah bertindak mencuri duit bekas bapa mentuanya.
Belum lagi aku buka cerita kau curi duit dalam akaun bapa kau siap tiru sign check minta tolong kawan.
Sebelum ini, Anis membongkar sikap Shafiq dengan mendakwa adik kepada penyanyi, Shila Amzah itu adalah seorang kaki pukul selain sering mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa.
Sumber: Instagram Anis