berita

Bekas Pemain Dram Kumpulan Search, Yazit Ahmad Meninggal Dunia

September 26th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari ini kira-kira jam 11.53 pagi tadi di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

Berita itu disahkan abang kepada Yazit, Zahid Ahmad menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

Kebumi lepas Zohor

Difahamkan terdahulu, alat bantuan pernafasan arwah Yazit telah dicabut kira-kira jam 11.46 pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, jenazah difahamkan akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi Taman Melati untuk disembahyangkan.

Selepas itu, jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudathul Sakinah, Taman Selasih selepas Zohor.

Arwah tinggalkan 3 orang anak

Semalam media melaporkan Yazit berada dalam keadaan kritikal kerana kecederaan otak yang berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan.

Terdahulu, beliau mengadu sesak nafas kepada isterinya kira-kira jam 3:45 pagi kelmarin di rumahnya di Taman Melati, Kuala Lumpur dan dibawa ke HKL.

Arwah Yazit meninggalkan isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga orang anak iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29.

Sumber: Harian Metro, Facebook Zahid Ahmad 

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×