berita

Beli Barangan Runcit Kini Lebih Mudah Dengan foodpanda pandamart, Hanya 30 Minit Penghantaran!

November 23rd, 2020 | by Sya Alkaf
Shout Out!

                     

Kita semua dah semakin peka dengan keadaan semasa dan jarang keluar rumah kan? Tak ada lagi ‘ke sana, ke sini’ hanya nak bersuka ria atau melepak.

Tapi bila masuk part nak ke pasar raya memang tak boleh elak. Yelah paling tidak pun barang memasak perlu dibeli seminggu sekali.             

Haaa sekarang foodpanda pandamart boleh tolong korang untuk membeli barangan runcit dan hantarkan terus ke depan pintu rumah tau!

Ini 4 sebab kenapa foodpanda pandamart adalah penyelamat korang!

1. Mudah

Kredit foto – THESMARTLOCAL

Ambil phone, buka aplikasi foodpanda, pilih ‘shops’ dan terus ke pandamat pilihan korang. Ya, semudah itu! Kemudian, korang relax  je tengok TV dekat rumah biar foodpanda pandamart tolong settlekan! Easy peasy!

2. Pantas dan selamat!

Anggaran masa penghantaran untuk setiap pesanan adalah lebih kurang 30 minit je. Jimat masa jika nak dibandingkan dengan keluar sendiri mana korang nak kena bersiap, cari parking dan beratur untuk bayar lagi boleh jadi sampai berejam kadang-kadang kan?

Paling penting, korang tak terdedah kepada sebarang risiko penyakit. So duduk rumah diam-diam okay?

3. Harga yang sama seperti di pasaraya

Bila kami gunakan aplikasi foodpanda ni kami perasan yang harga ditawarkan adalah sangat berpatutan dan hampir tak ada beza dengan harga di pasar raya. Tak ada sebarang caj tambahan! Nak Lagi murah? ada promo kod untuk korang dekat bawah :)

4. Banyak pilihan dan tidak hanya terhad kepada pasaraya sahaja!

foodpanda pandamart ada lebih 3,000 penjual termasuk FamilyMart, 7 eleven, Marks & Spencer, Lulu Hypermarket, Health Lane Pharmacy, Shell Select, Petron dan banyak lagi.

Korang bukan je boleh order barangan dapur ye. Ubat-ubatan, shampoo, sabun mandi dan peralatan memasak pun ada! Senang cakap serba cukuplah!    

Kawasan penghantaran dan promo istimewa untuk semua!

Lokasi foodpanda pandamart meliputi sekitar kawasan Bangsar, Setapak, Subang, Ampang, Cheras, Bukit Tinggi, Bukit Jalil, Petaling Jaya, KLCC, Puchong, Balakong, Kajang, Setia Alam, Kota Damansara, Jelutong, Shah Alam dan Georgetown. Menjelang tahun hadapan servis ini bakal diluaskan ke seluruh Malaysia, jadi mudahlah korang nak membeli-belah tanpa perlu keluar rumah lagi.

Lagi best sepanjang bulan November foodpanda ada potongan harga sebanyak RM8 dengan hanya menggunakan kod promo JOMPANDAMART. Korang boleh gunakan promo ini sehingga empat pesanan tapi kena cepat tau! sebab ia hanya tersedia selagi stok masih ada.

Amacam? dah tak sabar ke tu? Jom buat pesanan dekat sini sekarang. Ataupun korang boleh muat turun aplikasi foodpanda terus. Lagi senang. Selamat membeli guys!

×