Pelakon Bella Dally bakal terbang ke London bersama suaminya, Arif Izuddin untuk mengambil kursus pendek di Universiti Oxford pada Disember hadapan.
Artikel Berkaitan: Bella Dally Kurangkan Kerjaya Lakonan Demi Keluarga – ‘Keputusan Saya, Tiada Kena Mengena Dengan Suami’
Artikel berkaitan: Bella Dally, Lisa Surihani & Uyaina Arshad Sertai Larian ‘Fun Run’, Ariani Hulur Sumbangan RM30,000 Untuk Tabung Bencana
Artikel berkaitan: Percaya Pada Rezeki, Bella Dally Tak Rasa Tertekan Soal Zuriat
Sambung belajar
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Bella berkata, dia bakal mengikuti kursus Leadership & Entrepreneurship Acceleration Program selama satu minggu.
Baru-baru ini, saya dan suami pergi melancong di Scotland dan London. Dah lama tak pergi bercuti bersama-sama. Selalunya mesti akan ada keluarga atau kawan yang ikut. Kali ini kami pergi relaks-relaks sahaja. Alang-alang dah sampai sana, saya ambil vibes terus. Bulan disember annti kami akan ke sana selama seminggu. Saya nak sambung belajar di Universiti Oxford. Suami akan teman dan belajar sekali.
Tambah Bella, dia berasa sangat seronok dan teruja untuk ke London berikutan suaminya seorang yang sentiasa menyokong kerjayanya.
Lima tahun usia perkahwinan kami ini sangat menyenangkan. Bila rumah tangga okey, kita boleh fokus benda lain dalam kehidupan. Dia sangat tenang dan sentiasa menyokong karier saya. Kami ada banyak persamaan, cuma berbeza dari segi kepimpinan. Dia dilahirkan untuk jadi pemimpin dan saya bertuah kerana ada seorang suami yang boleh bimbing saya dalam apa jua perkara.
Disoal mengapa jarang memuat naik foto bersama suami di media sosial, Bella secara ringkas menjawab, dia mahu menjaga privacy dan tidak suka menunjuk-nunjuk.
Saya hargai hubungan kami sebagai suami isteri. Jadi memang nak ia kekal privacy. Sebelum-sebelum ini saya lebih terbuka untuk berkongsi. Selepas belajar dari pengalaman saya fikir lebih baik kurangkan. Hanya tayang bila ada hari penting sahaja misalnya, ulang tahun perkahwinan ataupun kelahiran.
Lagipun suami saya okey sahaja sebab dia tak suka main media sosial. Jadi dia tak terasa pun kalau saya jarang post. Kami selalu bincang pasal banyak topik dan saya pernah kata dekat dia jangan ambil hati. Dia faham sangat.
Belum ada rezeki
Diajukan soalan mengenai zuriat pula, Bella mengakui dia sudah tidak stres mengenai hal itu. Ujar Bella, dia dan suami percaya pada rezeki Allah.
Mungkin belum ada rezeki kami lagi. Masih ada yang bertanya dan keluarga pula faham. Saya setakat ini boleh tersenyum lagi untuk menjawab soalan itu.
Bella yang ditemui di majlis Sip & Skin: Commoner Space X Tatagaltier semalam, turut meluahkan rasa bangga apabila berjaya membuka perniagaan sendiri pada tahun ini.
Sekarang saya dah buat bisnes nama Dally. Saya jual baju kurung yang selesa buat wanita. Selepas ini kerah baju casual pula dan bersiap sedia untuk raya. Saya betul-betul nak fokus dalam bidang perniagaan. Nak belajar jadi seorang usahawan yang berjaya. Sebab itu jugalah saya kurang berlakon sekarang.
Saya bukan merajuk dalam bidang lakonan. Cuma fokus sekarang untuk suami, keluarga dan juga perniagaan. Kalau berlakon tak ada masa nanti. Balik lewat pagi. Lagipun saya dah berlakon lebih dari 10 tahun. Saya nak cuba buat benda baru. Melalui perniagaan saya rasa dapat perbaiki diri. Saya sejenis yang suka cabaran.
Di akhir temu bual, OhBulan! sempat bertanya mengenai azam Bella Dally untuk tahun hadapan. Jelas Bella, dia bersyukur azam tahun ini sudah tercapai iaitu memulakan perniagaan.
Tahun hadapan pula, saya nak jadi manusia yang lebih baik dan mantapkan lagi perniagaan saya. Mana tahu ada butik sendiri suatu hari nanti, InsyaAllah.