berita

Ben Amir Tak Pernah Lari Daripada Tanggungjawab, Sedia Bekerjasama Semula Dengan Pihak Elisa Vision

April 16th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Ben Amir menyatakan banyak maklumat yang salah ‘keluar’ berhubung kes pelanggaran kontrak dengan syarikat produksi Elisa Vision Sdn Bhd.

Artikel Berkaitan: Akibat Langgar Kontrak Berlakon Drama, Ben Amir Diperintah Bayar RM100k – ‘Semua Dah Selesai’

Tak lari daripada tanggungjawab

Susulan itu, Ben, 32, tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di Instagram (IG), pada petang Jumaat.

Tegas pemilik nama Muhammad Amir Sabaruddin, tindakan dia pulang ke Malaysia secara sendiri meninggalkan semua kru produksi dan pelakon disebabkan faktor kesihatan dan keselamatan.

Jelasnya, dia tidak pernah lari daripada tanggungjawab ketika membintangi drama Demi di Inverness, Scotland pada awal Mac 2020.

Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah lari daripada tanggungjawab. Sebaliknya keputusan saya pulang ke Malaysia adalah disebabkan faktor kesihatan dan keselamatan.

Saya bagaimanapun bersedia bergerak ke hadapan. Dengan harapan yang tinggi saya harap semua pihak akan menghormati keputusan yang dibuat kedua-dua pihak.

Sedia bekerjasama lagi

Dalam pada itu, pelakon drama Sweet Dreams berharap agar kesemua pihak dan peminat menghormati keputusan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.

Sekiranya anda peminat dan penyokong sejati.. saya harap anda dapat menerima kedua-dua belah pihak berdasarkan merit kami.

Saya tidak mempunyai sebarang perasaan negatif terhadap Elisa Vision. Sekiranya, di dalam perjalanan karier kedua-dua pihak jalan kami bertembung sekali lagi, insya-Allah saya sedia bekerjasama dengan pihak Elisa Vision sekali lagi.

Pada Khamis lalu, Ben bersetuju untuk membayar RM100,000 kepada syarikat produksi Elisa Vision Sdn Bhd berhubung kes saman pelanggaran kontrak.

Isu yang tercetus sejak tahun lalu akhirnya diselesaikan secara baik di hadapan Hakim, Tasnim Abu Bakar di Mahkamah Sesyen.

Sumber: Instagram @benamirr

SKIP THIS AD ×