Gara-gara berang menjadi bahan perbualan dalam kumpulan Whatsapp, seorang doktor sanggup mendera dan membelasah tiga orang pekerja farmasi miliknya di Jalan Malik Raya, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Lelaki Cedera Dibelasah Selepas Kantoi Ada Skandal Dengan Isteri Orang
Alami kesan lebam
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Okezone, kejadian tersebut berlaku selepas suspek mendapat tahu ketiga-tiga mangsa berkata buruk tentang dirinya di kumpulan sembang WhatsApp.
Ketiga-tiga mangsa cuba menjelaskan hal sebenar, namun suspek tidak mengambil peduli lalu membelasah mereka bertiga di salah satu bilik yang ada di farmasi itu.
Kejadian tersebut telah dirakam oleh salah seorang pelanggan yang menunjukkan suspek telah membelasah tiga pekerja farmasi berkenaan.
Dalam video itu, dilihat seorang pekerja terduduk di atas lantai selepas dipukul oleh suspek.
Disebabkan itu, salah seorang mangsa pengsan tidak sedarkan diri dan terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan mangsa.
Mangsa segera membuat laporan polis dan suspek telah ditahan di balai polis Kendari untuk siasatan lanjut dan didakwa melakukan jenayah serangan yang membawa hukuman penjara sekurang-kurangnya dua tahun.
Sumber: Okezone, Tribun News