Gambar sekadar hiasan
Seorang pelakon wanita berambut merah didakwa berperangai ala diva selepas dikatakan membuat perangai di hadapan orang ramai termasuk pihak media.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Maafkan Amelia Tapi, Tidak Akan Bekerjasama Dengannya Lagi’ – A.Aida
Artikel Berkaitan: Jaja Ishak Setuju Penerbit Boikot Pelakon Bermasalah, Puji Hafidz Roshdi Berdisiplin
Buat muka perlu tunggu lama
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Utusan Malaysia, perangai ala diva pelakon berkenaan mula kelihatan ketika dirinya hadir ke luar negara untuk mempromosikan filem yang dibintanginya.
Pelakon berkenaan dikatakan mula menjadi resah dan mahu cepat pulang ke bilik ketika perlu menunggu lama sepanjang sidang media tersebut berlangsung.
Kisahnya, pelakon ini diminta untuk hadir ke sebuah negara jiran untuk promosi filem yang dibintangi. Maklum sajalah, kalau sesi sidang media, adakala memang semua orang berdepan dengan situasi menunggu lama. Tak artis yang datang lambat, VVIP datang lambat.
Tapi kalau sudah di bawah urusan kerja, ikutkan sajalah, betul tak? Ini tidak, si dia ini mula resah nak balik cepat, mahu tinggalkan sidang media di luar negara itu untuk balik bilik.
Bukan itu sahaja, pelakon berkenaan dikatakan membuat reaksi muka seakan tidak puas hati selepas diingatkan untuk menghabiskan sesi sidang media tersebut seperti yang telah ditetapkan.
Menerusi laporan ini juga, dikatakan beberapa orang yang pernah bekerja dengannya mula menjadi meluat dengan perangai ala diva pelakon itu.
Pelakon ini juga dikatakan sering membawa adiknya yang sendu ke mana-mana majlis yang disertainya.
Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia