Pemuzik terkenal, Yasin Sulaiman mendedahkan dirinya sedang menderita penyakit tiriod sejak lima bulan lalu sehingga mengakibatkan berat badannya tinggal 48KG.
Artikel Berkaitan: Abang Sebak Lihat Keadaan Fizikal Yasin – ‘Saya Peluk Tinggal Tulang’
Artikel Berkaitan: Yasin Sulaiman Lega Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati – ‘Saya Bersyukur Dengan Keputusan Ini’
Turun berat badan
Yasin yang hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya tadi, memaklumkan menghidap penyakit berkenaan sejak November tahun lalu. Malah, dia telah kehilangan berat badan sebanyak 18KG sejak dimasukkan ke dalam penjara.
Syukur apabila pihak penjara menyediakan ubat untuk merawat penyakit saya.
Bagaimanapun, Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman menegaskan pihak penjara telah memberikan makanan yang secukupnya dan tidak mahu orang ramai beranggapan bahawa keadaan fizikalnya itu disebabkan kecuaian mana-mana pihak.
Dipenjara makanan cukup, melimpah ruah. Di sana juga banduan-banduan gemuk pun ramai (berseloroh) jadi tiada isu kata saya tidak cukup makan. Cuma badan saya sahaja tidak gemuk.
Representasi gagal lagi
Sementara itu, dalam prosiding hari ini (Rabu), penyanyi berusia 48 tahun ini didapati gagal lagi dalam permohonan representasi kali ketiga bagi mengkaji tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.
Pihak kami telah terima jawapan berhubung representasi ketiga itu pada 13 Mac (Isnin) dan reprsentasi itu telah ditolak. Justeru pihak kami akan mengemukakan representasi keempat dalam masa terdekat dan memohon tarikh perbicaraan pada hari ini dan esok dilapangkan dan saya difahamkan pihak pendakwaan tiada bantahan.
Susulan daripada itu, hakim, Nik Nasimah Nik Mohammad telah menetapkan 31 Mei, 1 dan 2 Jun ini bagi sambungan perbicaraan dan pihak lain perlu memaklumkan kepada mahkamah mengenai status representasi berkenaan.
Sumber: Kosmo