berita

Bercinta Dengan Kawan Itu Pelik – Miera Liyana Nafi Miliki Kekasih Baru

May 22nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

PC Rafflesia Trip To Barcelona With Celebrities-40

Bulan lalu, nama pelakon comel, Miera Liyana kembali menjadi sebutan apabila dia dikatakan sedang hangat menyulam kasih dengan seorang jejaka bernama Hussein Mohamed Said.

Sebelum itu, Miera pernah mengatakan bahawa dirinya kini lebih mementingkan kerjaya berbanding cinta. Namun, ramai yang mempersoalkan kenyataannya apabila dia mula berkongsi foto bersama jejaka berkenaan di laman sosial.

Artikel Berkaitan: Luah Perasaan Rindu Di Laman Sosial, Miera Liyana Tipu Kenyataan Tiada Kekasih?

Bagaimanapun, Miera ketika ditemui di sidang media Rafflesia Trip To Barcelona With Celebrities menyangkal dakwaan dia dan Hussein sedang bercinta.

PC Rafflesia Trip To Barcelona With Celebrities-1

Sebaliknya, Miera berkata Hussein merupakan sahabatnya sahaja dan bukan teman istimewa seperti yang diperkatakan. Malah menurutnya jejaka itu sudah dikenali sejak kecil.

Miera tiada teman istimewa setakat ini. Sebenarnya Miera dengan Hussein kawan saja. Kami kenal sejak darjah satu dan terpisah selepas tingkatan lima apabila dia menyambung pelajaran di luar negara.

Kalau setakat I Miss You biasalah dengan kawan-kawan. Buat masa sekarang Miera tiada calon lagi, lagipun kalau bercinta dengan kawan ni jadi pelik tau. Banyak kena fikir. Jadi baik kami berkawan. Mungkin sebab kami kenal dari kecil, jadi kami rapat.

Menyentuh mengenai imej terkininya yang tidak seksi seperti dulu, Miera berkata dia lebih senang dengan imej sekarang dan menganggap apa yang berlaku sebelum ini sebagai pengajaran.

Seksi tu subjektif, saya belajar dari kesilapan, kalau nak kata seksi, apa yang Miera pakai sekarang pun seksi, tapi tidaklah seperti dulu. Miera dah kurangkan berpakaian seksi sekarang ni.

Dalam perkembangan terbaru, gadis ini baru saja tamat sesi penggambaran drama Kusinero Cinta selama 60 episod bersama Tizz Zaqyah, Jericho Rosales dan Aaron Aziz.

SKIP THIS AD ×