Umum sedia maklum, penyanyi dan pengacara Alif Satar pernah dijangkiti positif Covid-19 November tahun lalu. Perkara tersebut diketahui dirinya selepas dia selesai membuat persembahan di pentas Semi Final Muzik-Muzik ke-35.
Artikel berkaitan: ‘Perkara Ini Amat Mengejutkan’ – Alif Satar Sah Positif Covid-19
Terbaru, pengacara itu berkongsikan pengalamannya sepanjang fasa dikuarantin dan melontarkan pandangan terhadap stigma negatif masyarakat terhadap pesakit positif Covid-19.
‘I got a phone call‘
Video yang dikongsikan Alif berdurasi 18:48 minit itu menceritakan pengalamannya sepanjang fasa kuarantin setelah disahkan positif Covid-19. Selain itu, dia juga berkongsikan beberapa simptom sepanjang disahkan positif Covid di mana dia tiada deria rasa dan bau.
Alif juga berkongsikan pengalamannya pada awal-awal sewaktu dia baru sahaja menerima panggilan telefon menyatakan dia mempunyai kontak rapat.
Alif pergi Semi Final Muzik-Muzik. Masa tu tak ada simptom, tak ada deman, tak ada batuk, boleh masuk mana-mana check suhu semua lepas. The next day lepas habis Semi Final, Alif shooting di Melaka. Sampai di Melaka, I got a phone call. I dapat berita one of my family members tested positive Covid.
Lepas tu Alif beritahu kepada semua production team yang Alif ada close contact. Immediately, Alif terus ke klinik then Alif buat ripped test kit di mana lebih kurang 20 minit dah tahu keputusan and Alif positif. Masa tu cuak. Personal Assistance pun sama positif, yela, sebab kami di dalam kereta yang sama, shooting sama.
Lepas tu Pejabat Kesihatan Melaka Tengah pun datang untuk Alif ambil proper test dan check-in masuk ke Hospital Melaka immediately. Masa tu dia orang letakkan Alif dalam Person Under Investigation (PUI) masa tu kita orang diajukan soalan demi soalan. Kita pun beri kerjasama sebab kita tak tahu kita dapat dari mana, beri kepada siapa.
Biarkan dia… dia tak tahu
Bukan itu sahaja, Alif turut berkongsikan perasaan dan pengalamannya lagi apabila berdepan dengan stigma negatif masyarakat terhadap pesakit positif Covid-19 ini. Alif berkongsikan pandangannya itu dengan memuat naik video berdurasi 29:14 minit di akaun YouTube.
Sepanjang dikuarantin, Alif Satar masih lagi aktif melakukan aktiviti seniman ringan bagi memastikan dirinya kekal cergas.
Pada hari ke-6, doktor sudah check dan kita orang akan dipindahkan ke Step Down Center di mana doktor mengesahkan kita orang dah stabil. Kat sini dia orang check 3 kali sehari.
Disebabkan penyakit yang kita dengar, you akan rasa takut. Kita tahu impak kat family, kawan-kawan. Risau tau. Dalam kali Alif berdepan dengan penyakit ni, Alif fikir ada lagi orang yang lebih susah.
Kita sebagai public figure ni ada je orang tak puas hati. Kita tak boleh buat semua orang happy. Bila orang kata ‘dia menyebabkan kluster ini..’, biarkan dia… dia tak tahu. Suatu hari dia akan faham, dia akan tahu sendiri.
Pengalaman kuarantin
Stigma negatif masyarakat
Peminat dan pengikutnya turut mendoakan agar kesihatan Alif bertambah baik dan sebak dengan perkongsian dari pengalaman pengacara ini sepanjang dikuarantinkan di Hospital Melaka.
Sumber: Alif Satar