berita

Ibu Bapa Sengaja Tolak Vaksin Berdosa – Mufti Perak

October 21st, 2018 | by Wan
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini seorang kanak-kanak berusia 14 bulan di Johor Bahru meninggal dunia akibat mengalami difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, keengganan keluarga kanak-kanak itu menerma imunisasi dfteria punca utama kepada kematian yang menyayat hati itu.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan bahawa ibu bapa yang sengaja menolak vaksin boleh dianggap berdosa kerana tindakan mereka itu membahayakan nyawa anak mereka.

Dah banyak fatwa

Menerusi laporan FMT, Tan Sri Harussani Zakaria berkata ibu bapa seharusnya tidak mementingkan diri sendiri kerana pihak berkuasa agama sudah menerbitkan banyak fatwa berhubung keperluan vaksin dan imunisasi.

Kita telah buat fatwa banyak kali. Harus dan boleh kita pakai kalau tiada benda lain dan hanya itu sahaja yang ada, bahkan wajib kita pakai untuk menyelamatkan nyawa

Ibu bapa tidak sepatutnya fikir begitu. Kalau sudah dinasihatkan oleh pihak berkuasa kesihatan, mereka mesti ambil. Wajib ambil.

Harussani, yang juga ahli majlis fatwa kebangsaan, mengingatkan ibu bapa bahawa “Islam itu mudah” dan menggesa mereka memikir semula persepsi negatif terhadap vaksin.

Sementara itu Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu kenyataan pada 2016 menegaskan individu yang menolak penggunaan vaksin untuk mencegah penyakit berjangkit yang mengancam nyawa adalah berdosa.

Katanya, syariat Islam antaranya menuntut pemeliharaan kesihatan dan nyawa dan dalam konteks berkaitan penggunaan vaksin perlulah berpegang kepada konsep Islam.

Sumber:  FMT, Malaysiakini

SKIP THIS AD ×