Kisah misteri pakaian dalam seorang wanita yang rupanya dicuri kawan sendiri diperkatakan netizen tempoh hari. Perkara berkenaan didedahkan oleh seorang lelaki yang juga salah seorang dalam kumpulan rakan terbabit.
Artikel berkaitan: Pakaian Dalam Hilang Secara Misteri, Rupanya Angkara Kawan Sendiri… Jijik!
Terbaru, mangsa yang terlibat secara langsung dengan rakan gila seks berkenaan tampil menceritakan kisah sebenar.
Kisah sebenar sebagai mangsa
Gadis berkenaan, Celyn Ling menceritakan bagaimana dia mengenali pelaku sejak di zaman sekolah lagi. Mereka bertambah rapat apabila membuat keputusan menubuhkan band bersama-sama.
Persahabatan mereka terjalin seperti biasa sehinggalah apabila mereka jamming bersama ada insiden pelik berlaku. Setiap kali Celyn mahu ke tandas, pelaku akan meminta untuk masuk ke tandas sama terlebih dahulu ataupun tergesa-gesa masuk sebelum gadis itu masuk.
Akhirnya kantoi
Pelik dengan kejadian yang berlarutan selama 3 bulan itu, Celyn mula mengambil langkah berjaga-jaga. Akhirnya Celyn menjumpai telefon pelaku di rak yang terletak di bahagian atas tandas. Telefon itu kemudiannya disembunyikan dengan penyegar udara.
Tunggu luar tandas nak ambil phone
Gadis ini ternyata panik apabila mengetahui perkara itu. Walaupun mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, dia tidak menyangka seorang rakan akan bertindak di luar batasan.
Setelah menemukan telefon pelaku, Celyn melihat lelaki berkenaan berdiri di luar tandas untuk masuk dan mengambil semula telefonnya. Walaupun curiga, lelaki itu tetap berkeras untuk menggunakan tandas selepas gadis itu.
Cuba cari bukti
Menurut Celyn dia tidak mempunyai bukti untuk tindakan lanjut. Namun dia ada bercakap mengenai hal itu menerusi Whatsapp dan mendakwa dia tidak menyangkan lawak tandas itu tidak disenangi oleh Celyn.
Ujar gadis itu lagi, semestinya dia tidak mempercayai kata-kata lelaki itu. Walaupun cuba menyiasat, namun gadis ini dan rakan-rakannya tidak menemukan apa-apa bukti.
Tetap tak mengaku
Mereka bersemuka untuk berbincang namun lelaki itu kekal tenang dan bertegas dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Celyn dan rakan-rakannya mengambil keputusan untuk tidak mengambil tindakan kerana kekurangan bukti.
Tak terkejut tahu berita
Setelah tersebarnya berita lelaki berkenaan kantoi mencuri pakaian dalam seperti diperkatakan di media sosial, Celyn berkata dia tidak sedikit pun terkejut. Dia mengakui tidak pernah memaafkan atau melupakan lelaki berkenaan namun mengatakan tiada tindakan boleh dilakukan kerana ketiadaan bukti.
Biar semua orang tahu
Ujar Celyn lagi, pendedahannya di Twitter itu dibuat untuk memberitahu semua orang akan apa yang berlaku dan berhati-hati dengan sesiapa sahaja. Dia berharap lelaki berkenaan berjumpa pakar kerana kelakuannya tidak boleh diterima masyarakat.
Sumber: Celyn Ling