Bila kita sakit dan tak sihat, kita pergi hospital jumpa doktor. Namun pernah tak korang terfikir bagaimana bebanan kerja seorang manusia yang bergelar doktor?
Ye gaji mereka mungkin cukup tinggi namun adakah ianya berbaloi sehingga boleh membahayakan malah mengorbankan nyawa sendiri?
Ikuti luahan terkilan doktor ini terhadap sistem Kementerian Kesihatan Malaysia.
Terdahulu, seorang pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh meninggal dunia akibat kemalangan semasa pulang dari tempat kerja. Menurut siasatan awal ianya berpunca akibat kepenatan kerja.
Sedih dengan berita tersebut, lelaki ini yang juga merupakan seorang doktor tampil meluahkan rasa terkilan dan mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan yang wajar dilakasana bagi mengelakkan perkara ini berulang.
Diharap luahan serta cadangan daripada lelaki ini didengar dan diperhalusi oleh pihak berkenaan.
Sumber : Facebook Mahyuddin Mohamed & Suhazeli Abdullah