Kerap kali menayang tubuh badan di media sosial menjadi salah satu penyebab pelakon Atiq Azman sering menerima mesej berunsur tidak senonoh daripada netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Dah Tahu Diri Bukan Gay, Jangan Meroyan’ – Lelaki Dakwa Atiq Azman Cari Masalah Sendiri?
Sering dikaitkan hubungan sejenis
Terbaharu, Atiq atau nama sebenar Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah memuat naik satu hantaran di Instagram Story mendedahkan mesej dan komen yang sering diterima daripada netizen di Instagram.
Menerusi hantarannya di Instagram Story, Atiq juga meluahkan rasa tidak puas hati apabila sering dikaitkan dengan hubungan sejenis selepas berkongsi aktiviti hariannya di gimnasium.
Pelakon yang berusia 23 tahun itu menyifatkan mesej serta komen yang diterima adalah satu tindakan yang kurang bijak.
Bolehkah kamu berhenti dengan mentaliti bodoh seperti ini? Gim hanyalah sebahagian daripada hobi saya dan itu sahaja.
Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa video yang disiarkan di media sosial adalah khusus untuk memberi motivasi kepada sesiapa yang ingin menjalani kehidupan yang sihat.
Video-video yang saya siarkan adalah khusus untuk mereka yang berminat untuk menonton kerana saya harap ia dapat membantu memberi motivasi kepada mereka yang mahu mula menjalani kehidupan yang sihat.
Pelakon drama ‘Nur’ juga memohon kepada individu terbabit untuk mendiamkan diri sekiranya tiada perkara yang baik untuk diperkatakan.
Jika anda tidak mempunyai apa-apa yang baik untuk dikatakan, maka diam sahaja. Saya tidak perlukan pendapat awak dan tolong simpan kebodohan awak untuk masa depan awak.
Sumber: Instagram