berita

Muat Naik Foto Pakai Serban & Berjubah Putih Di IG, Atiq Azman Nak Tengok Komen Netizen

July 1st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, nama pelakon, Atiq Azman menjadi sebutan netizen gara-gara tindakannya memuat naik beberapa foto yang mendedahkan aurat di media sosial.

Berikutan daripada itu, Atiq berkata dia tidak kisah sekiranya netizen mahu menegur dirinya, namun seeloknya dengan cara yang baik dan bukan menghina.

Artikel berkaitan: Atiq Azman Berang Dilabel Budak Tahfiz Yang ‘Teruk’ – ‘Habis Itu, Pangkat Ustaz Yang Liwat?’

Artikel Berkaitan: Posing Tepi Pantai Sambil Tayang ‘Sixpack’, Netizen Tegur Atiq Azman -‘Dulu Acah Jaga Aurat’

Artikel Berkaitan: Ramai Artis Lelaki Kongsi Gambar Sebegitu, Kenapa Tak Kena Kecam?’ – Atiq Azman Benci Dituduh ‘Gay’

Nak tengok komen

Terbaru, Atiq memuat naik foto dirinya memakai jubah putih dan serban di Instagram. Menerusi kapsyen foto tersebut, Atiq dipercayai ingin melihat komen dan reaksi netizen apabila dia berpenampilan sebegitu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkata mereka memberi teguran buat Atiq disebabkan rasa sayang. Bukan itu sahaja, mereka mahu pelakon drama ‘Nur’ ini sedar mengenai aurat lelaki dan mengelakkan dirinya daripada menjadi mangsa fitnah.

Di samping itu, netizen turut memberi nasihat kepada Atiq agar sentiasa berlapang dada dan menerima teguran yang diberikan.

Sumber: Atiq Azman

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×