berita

Berhenti Kerja Gaji 5K Sebulan Jadi Surirumah, Wanita Ini Akui Tak Ikhlas Sehinggalah..

March 7th, 2016 | by Wan
Kini Trending

ikh

Dalam perkahwinan, banyak perkara yang kita pelajari antaranya tentang pengorbanan. Pengorbanan bergelar seorang suami, isteri, ibu dan ayah. Banyak yang harus dikorbankan demi kebahagiaan keluarga.

Wanita ini dulu pernah mendapat gaji 5 ribu sebulan namun berhenti untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Namun dia bagaikan tidak ‘redha’ dengan keputusan itu. Sehinggalah…

“Saya tak ikhlas dulu…”

wawa

” Dr.Azizan ajar saya jadi isteri yang baik ”

Tak pernah lupa ini lah ayat pertama yang saya cakap lepas balik dari imkk pertama dulu.

Sebagai isteri kadang kita lupa keramat hidup kita.. syurga kita sebenarnya di bawah kaki suami..

Kadang kita tak ikhlas dalam urusan rumahtangga.. kita tak ikhlas menerima kekurangan dia.. tambah realiti kehidupan lepas kawin tak sama seperti yang kita bayangkan.

Untuk saya… saya tidak ikhlas berhenti kerja dulu dan melepaskan gaji 5 ribu ringgit sebulan semata-mata untuk menjadi surirumah..Asalnya saya buat keputusan dengan rela. tapi lama kelaman dengan hidup yang semakin menghimpit… salah menyalahkan antara satu sama lain tu mesti ada.. kekesalan mula timbul.

“Berkat mungkin tak ada”

fm

Walau mula berniaga.. dapat untung.. tapi ketenangan tu tetap tak da… duit tetap tak tersimpan…

sebab ? berkat mungkin tak da… mungkin suami kata dia sentiasa redha.. tapi saya sendiri ada rasa tidak ikhlas pada hubungan kami. mesti ada kerja yang kita buat hanya sekadar tanggungjawab yang terpaksa buat. kadang persoalkn tindakan dia…tuntut yang bukan-bukan di luar kemampuan dia.

Tanpa sedar itulah sebenarnya yang MENGHALANG REZEKI KITA.

Selepas buat clearence dengan suami…alhamdulillah rezeki saya datang mencurah.. dan sebab itu saya namakan IMKK adalah “kayu magic ” saya.

Sumber : CikPuan Wawa Auoliya

SKIP THIS AD ×