Perkongsian di Instagram Story (IG Story) milik ibu kepada penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz iaitu Hafiza Basharahil mencuri perhatian selepas dia memuat naik pesanan berbentuk luahan hati.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bantu Bawa Barang Shooting Miliknya Sementara Tunggu Risteena’ – Aliff Aziz
Artikel Berkaitan: Risteena ‘Back Up’ Ruhainies – ‘Jam 11 Lebih Jawi Dah Sampai Di Rumah, Bukan 3 Pagi’
Jangan putus asa
Menerusi perkongsian tersebut, Hafiza berpesan agar tidak sesekali berputus asa sekiranya diuji dengan masalah dan mengingatkan bahawa Allah sentiasa bersama hamba-Nya.
Ada hari akan rasa sedih dan ada hari gembira, jangan putus asa. Apabila hidup susah, ingatlah bahawa tiada yang kekal.
Anda telah melalui hari-hari yang baik sebelum ini dan anda akan merasainya lagi selepas ini dengan rahmat-Nya.
Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama, Hafiza berkata doa merupakan penawar terbaik sekiranya seseorang itu berdepan dengan masalah.
Berhenti berasa risau. Mulakan dengan berdoa dan anda akan merasakan nikmat damai turun ke atas anda. Yakinlah pada Allah.
Lebih baik bercakap dengan orang tentang masalah anda untuk mendapatkan pandangan dan kepastian mereka. Terima kasih juga kepada Allah atas segala-galanya.