berita

Risteena ‘Back Up’ Ruhainies – ‘Jam 11 Lebih Jawi Dah Sampai Di Rumah, Bukan 3 Pagi’

March 15th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

risteena aliff bella

Selepas pasangan selebriti, Ruhainies dan Aliff Aziz mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan dengan kontroversi bersekedudukan pada Sabtu, giliran pelakon Risteena Munim pula bersuara mengemukakan bukti.

Artikel Berkaitan: Aliff Aziz & Pelakon Wanita Enggan Buka Pintu, Jawi Terpaksa Hubungi Bomba – ‘Tiga Jam Tunggu Depan Rumah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Risteena Puji Kuetiau Ruhainies – ‘Terima Kasih Masakkan Since Tak Jadi Haritu’

Sampai pukul 11.30 malam

risteena ruhainies 11.30 malam

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Risteena berkongsi tangkapan skrin (screenshot) yang memaparkan perbualannya bersama Ruhainies di aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan entri itu, Ruhainies, 35, bertanya kepada Risteena pada pukul 7.21 malam sama ada kakaknya itu akan bermalam di rumahnya.

Kemudian, Risteena bertanya pukul berapa tuntutan kerja Ruhainies akan berakhir dan siapa yang akan memasak pada malam itu.

Namun, disebabkan perlu menjalani penggambaran serta berdepan kesesakan lalu lintas pada malam minggu membuatkan dirinya terlewat sampai.

Selain itu, pemilik nama Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, menyatakan dia tiba di perkarangan rumah pelakon drama bersiri, Hello, Mr. Perfect!, jam 11.30 malam.

Khilaf tetap khilaf

risteena aliff bella 3

Dalam pada itu, isteri kepada Isa Khan menegaskan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hadir ke lokasi kejadian jam 11 malam bukan 3 pagi.

Katanya lagi, dia percaya Ruhainies dan Aliff sedar dengan kesilapan masing-masing dan sudah pun meminta maaf.

Pada awal pagi Sabtu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

Kemudian, pada Isnin, Bella telah menfailkan penceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebutan kali pertama telah berlangsung pada Rabu. Namun, kelibat Aliff tidak kelihatan dan alasan diberikan kerana sedang menjalani penggambaran drama siri Terjerat.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×