Pelakon, Amelia Henderson tampil membidas komen individu mulut celupar yang menggelarkannya seorang janda menerusi sebuah ciapan di Twitter.
Artikel berkaitan: ‘Ingat Lawa Sangat Ke’ – Netizen ‘Koyak’ Amelia Henderson Tak Balas DM
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Rasa Tak Sesuai, Jangan Tengok’ – Amelia Henderson
Artikel Berkaitan: ‘Saya Berdarah Campur, Tak Ambil Ubat Untuk Ketiak Cerah’ – Amelia Henderson
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Warnakan Rambut Merah Sebab Filter, Bukan Kecewa Putus Cinta’ – Amelia Henderson
Berhenti merendahkan wanita
Pada mulanya, seorang wanita dilihat memuji sifat keperibadian Amelia yang mempunyai IQ setinggi 180, selain sangat berbakat dan cantik. Bagaimanapun, seorang individu telah menambah ciri-ciri yang ada pada diri Amelia iaitu seorang janda.
Susulan itu, Amelia memohon orang ramai untuk berhenti merendahkan diri wanita bergantung kepada status hubungan.
Tambahnya lagi, panggilan janda kepada dirinya dianggap sangat biadap dan lebih selesa sekiranya namanya dikenali sebagai seorang wanita bekerjaya dalam industri seni.
Kalau masalah besar dengan saya adalah saya pernah berkahwin, jadi saya rasa baik-baik saja. Saya sangat benci perkataan janda.
Boleh tak sekiranya kita berhenti merendahkan wanita dengan melabel mereka berdasarkan status perhubungan kami untuk tahun 2023 ini?
Saya adalah seorang pelakon, model, pengacara, penerbit dan penari yang pernah memenangi anugerah selama 27 tahun. Janda adalah cara paling biadap dan tidak menarik untuk menggambarkan diri saya ujar Amelia.
Sumber: Twitter