Siapa yang tidak mengenali pelakon Amelia Henderson yang cantik rupa parasnya. Baru-baru ini, Amelia mendedahkan dia sering kali menerima kiriman mesej melalui DM di Instagram.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Rasa Tak Sesuai, Jangan Tengok’ – Amelia Henderson
Artikel Berkaitan: ‘Saya Berdarah Campur, Tak Ambil Ubat Untuk Ketiak Cerah’ – Amelia Henderson
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Warnakan Rambut Merah Sebab Filter, Bukan Kecewa Putus Cinta’ – Amelia Henderson
Amelia baca semua DM yang diterima
Menerusi hantaran di Twitter, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson memuat naik satu tangkapan skrin (screenshot) yang menunjukan dia menerima satu mesej makian daripada individu tidak dikenali.
Individu terbabit dilihat bertanya soalan mengenai jenis kacukan pelakon drama ‘Kisah Cinta Kita’ namun ‘naik hantu’ sehinggakan menghembur kata-kata kesat selepas sehari tidak menerima jawapan daripada Amelia.
Dalam pada itu, Amelia menyatakan dia membaca kesemua mesej yang diterima meskipun jumlah pengikutnya sangat ramai.
‘Dia tanya dia koyak…’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat individu tersebut yang kelihatan ‘koyak’ dengan tindakan sendiri yang memulakan perbualan tersebut.
Sumber: Twitter @ameliath