Bapa kepada penyanyi, Sissy Imann iaitu Mohammad Kamil Mustaffa, 59, berkongsi mengenai keadaan anaknya ketika ini yang sedang mendiamkan diri akibat kritikan teruk yang diterimanya, Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sissy Jangan Putus Asa, Inilah Sepak Terajang Dunia Seni – Siti Nurhaliza
Artikel Berkaitan: Tak Mengapa, Saya Ada – Naim Daniel
Sedih lihat keadaan Sissy
Dalam pada itu, bapa kepada penyanyi berusia 27 tahun ini menjelaskan buah hati kesayangannya itu kini berkurung dalam bilik, mendiamkan diri dan hanya keluar apabila dipanggil untuk makan.
Melihatkan keadaannya, saya sedih tapi selama ini dia tetap sudah buat yang terbaik untuk membanggakan kami sekeluarga. Sissy ini seorang anak yang kuat, berdedikasi dan sangat komited dalam semua perkara yang dibuatnya.
Sementara itu, Kamil turut meluahkan dirinya tidak sangka bahawa ramai individu berhati mulia yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada anaknya itu. Malah, dia menganggap hal itu umpama kasih sayang tanpa syarat buat Sissy selepas apa yang menimpa puterinya itu.
Berlinang air mata ini apabila membaca komen dan doa yang baik-baik diberikan sebagai tanda sokongan kepadanya. Saya dan keluarga akan terus di belakang Sissy untuk menjadi pemangkin semangat.
Terdahulu, Sissy Imann yang bergandingan dengan penyanyi dan pelakon, Naim Daniel dalam program Famili Duo telah menerima kritikan pedas sehingga pelantun lagu Bebas ini dilihat menangis di atas pentas. Susulan daripada itu, rata-rata warganet beranggapan apa yang dipersembahkan adalah satu kelainan kerana Sissy dan Naim telah mempamerkan persembahan yang terbaik.
Sumber: Harian Metro