Pelakon cilik, Adam Darwish mendedahkan dirinya begitu teruja untuk berlakon dalam filem pertama dibintanginya berjudul Tujuh Dua Belas yang turut diarahkan oleh datuknya sendiri, Thorpe Ali.
Artikel Berkaitan: Lakukan Adegan Bergaduh ‘On The Spot’, Rahang Mulut Farali Khan Terkehel
Artikel Berkaitan: Johan Asa’ari Bakal Nikahi Petani Berstatus Doktor -‘Dia Mempunyai PhD Universiti Di London’
Profesional di set penggambaran
Meskipun membintangi filem yang diarahkan oleh datuknya sendiri, Adam menegaskan bahawa mereka begitu profesional untuk menjayakan satu-satu babak di set penggambaran.
Untuk berlakon dalam filem ini, saya sebenarnya mewarisi (ditawarkan) datuk. Datuk saya fikir, saya boleh buat dan saya pun akan cuba untuk buat (babak). Apa yang datuk saya minta, saya buat sahaja.
Kami dalam filem (set penggambaran) tidak seperti datuk dan cucu sebaliknya kami profesional sebagai seorang pelakon dan juga pengarah.
Tambah Adam lagi, dia begitu senang bekerja bersama kerana datuknya bukanlah seorang pengarah yang gemar memarahi pelakon-pelakon di set penggambaran.
Bukan itu sahaja, segala urusan di set penggambaran juga mudah untuk dilakukan dengan adanya bantuan yang diberikan pelakon senior seperti Farali Khan dan Johan Asa’ari untuk menjayakan sesuatu watak.
Datuk jenis yang tidak marah sangat, dia begitu santai dengan barisan pelakon yang lain. Boleh saya katakan sangat mudah sepanjang saya bekerja bersama datuk.
Ditambah pula dengan bantuan pelakon seperti akak Farali Khan, Cynthia Candranaya dan juga abang Johan Asa’ari, saya dapat menjayakan sesuatu babak itu dengan baik sekali.
Adam berkongsi mengenai perkara tersebut ketika ditemui OhBulan! pada tayangan perdana filem dibintanginya yang berjudul Tujuh Dua Belas di GSC, Starling Mall, pada Selasa.
Filem Tujuh Dua Belas
Tujuh Dua Belas mengisahkan tentang seorang wanita yang ingin menyelamatkan anak saudaranya Adam yang diculik ketika mereka dalam perjalanan ke hotel untuk berjumpa rakannya dan ke lapangan terbang untuk bercuti ke kampung.
Safia kemudiannya cuba mengekori penculik yang menculik anak buahnya itu namun malangnya mereka terpisah apabila tiba di satu persimpangan. Pelbagai dugaan ditempohi oleh Safia untuk menjejaki mereka.
Filem Tujuh Dua Belas ini turut menampilkan Farali Khan, Chintya Candranaya, Johan Asa’ari dan ramai lagi. Filem arahan Thorpe Ali itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 4 Mei ini.