Pelakon, Farali Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan dibahagian rahang mulut ketika melakukan adegan lagak ngeri bagi filem lakonan terbaharunya berjudul Tujuh Dua Belas.
Artikel Berkaitan: Tak Boleh Berjalan & Berdiri, Puteri Rafasya Hidap Masalah Saraf
Artikel Berkaitan: ‘Tak Kuat Pun Abang Tolak, Cuma Landing Di Tempat Salah’ – Fasha Sandha Pertahankan Azhan Rani
Artikel Berkaitan: Pihak Produksi Masih Jalankan Siasatan, Pandang Serius Isu Kecederaan Wafariena
Rahang mulut terkehel
Menurut Farali atau nama sebenarnya Norfara Ali Dad Khan, 34, kejadian berlaku ketika dia sedang melakukan adegan pergaduhan bersama seorang pelakon lelaki sebelum aktor itu tersilap menyasarkan serangan sehingga rahang mulutnya terkehel.
Bagaimanapun, jelas Farali dirinya sudah menyedari risiko sedemikian akan berlaku memandangkan filem tersebut bergenre aksi.
Saya sangat gembira dapat melibatkan diri dalam filem ini, sangat enjoy. Kecederaan yang saya dapat pun banyak, cumanya saya memilih untuk tidak kongsikan semua.
Ada satu kecederaan yang agak teruk berlaku ketika saya buat adegan berlawan dengan seorang pelakon, rahang saya terkehel. Kalau saya buka mulut akan berbunyi tulang.
Itu perkara biasa, apabila pelakon menerima tawaran untuk filem aksi itu lah risiko yang perlu ditanggung. Kalau tak jangan berlakon filem aksi.
Enggan mendedahkan nama pelakon berkenaan, Farali dalam masa sama berkata dia sudah pun mendapatkan pemeriksaan doktor dan mendapati kecederaan tersebut tidak begitu serius.
Tapi saya tidak akan dedahkan siapa pelakon itu. Kejadian berlaku disebabkan kami menukar beberapa step berlawan. Kemudian saya dan dia tidak pernah ada training bersama, macam on the spot je, then kena lah di rahang saya.
Saya ada berjumpa doktor dan dimaklumkan tiada yang serius pun, saya pun ignore je sebab tidak ada effect apa-apa pun. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja.
Tujuh Dua Belas
Selain Farali, Tujuh Dua Belas turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan As’ari, Chintya Candranaya, Adam Darwisyh dan ramai lagi. Filem arahan Thorpe Ali itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 4 Mei ini.
Tujuh Dua Belas menceritkan Safia (Farali Khan) dan anak saudaranya Adam (Adam Darwisyh) dalam perjalanan ke hotel untuk berjumpa rakannya Desi (Chintya Chandranaya) dan ke lapangan terbang untuk bercuti ke kampung Desi.
Ketika dalam perjalan ke hotel, kereta Safia ditahan sekumpulan lelaki dan dia diancam serta beg dan telepon bimbitnya dirampas oleh Bentayan dan Adam diculik. Safia cuba melawan namun terpaksa mengalah jika tidak Adam akan ditembak.
Safia cuba mengekori mereka dan malangnya apabila tiba di satu persimpangan, mereka terpisah. Pelbagai dugaan ditempohi oleh Safia untuk menjejaki mereka.