berita

Besi Drill Patah Tertinggal Dalam Kaki, Lelaki Ini Menderita Selama 8 Tahun Sebelum Mengetahuinya!

January 12th, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

vocerpatah

Apa yang kami perasan sejak kebelakangan ini, kes kecuaian pihak hospital acap kali menjadi bualan netizen di laman sosial. Jika dahulu kebanyakan kes hanya didiamkan sahaja namun selepas wujudnya platform media seperti Facebook, mereka mula berkongsi kisah ‘ngeri’ yang pernah di alami.

Terbaru seorang lelaki tampil menceritakan kisah dirinya yang kemalangan sehingga patah kaki. Apa yang dikesalkan ialah kecuaian kakitangan hospital sehingga dirinya menderita sakit selepas beberapa tahun kemalangan.

Apa yang cuai? Besi drill patah dan tertinggal di dalam kaki selama 8 tahun! Ikuti kisah selanjutnya.

3 jam tanpa sebarang ubat, meraung kesakitan

kaki1

Assalamualaikum. “Ya allah berikanlah aku kekuatan untuk berkongsi tentang apa yang berlaku kepada diri ku”.
Mohon jasa baik kawan2, sahabat2 saudara2 viralkan apa yang berlaku kepada saya. Kes kecuaian hospital yang mereka ambil mudah dan tiada penjelasan dari atas apa yang mereka lakukan.
Perkara ini berlaku bermula pada 14 november 2007(ketika itu saya berumur 20 tahun). Apabila saya mengalami kemalangan jalan raya di jalan wahyu, kuala lumpur ketika mahu ke tempat kerja di tesco ampang(menunggang motor). Dan yang amat menyedihkan lg kaki saya patah pada bahagian tulang paha kanan(seperti dalam gambar). setelah itu saya pun dihantar ke sebuah hospital kerajaan di k.lumpur dengan menaiki kereta yang di bantu oleh orang yang berada disitu.

Setelah sampai di hospital. Mereka membalut kaki saya dgn kain+kayu untuk menstabilkan kaki saya yang ketika itu lemah. Setelah itu Mereka trus mmbawa saya ke bilik xtray dan saya menunggu di depan bilik xtray hampir 3 jam!. Sambil menunggu saya meraung kesakitan yang teramat sangat.. hanya allah sahaja yg tahu..selama 3 jam itu mereka tidak berikan saya ubat pelali tahan sakit walau pun saya sudah banyak kali meminta pada nurse yang lalu lalang di situ. Malah mereka membuat x tahu saja.(gambar lama tiada)

Ada yang mengatakan bahawa pihak hospital tidak akan melayan dengan baik jika seseorang itu di ”cop kaki rempit”. Adakah itu adil tanpa mengkaji selidik dahulu?.. adakah sifat itu perlu ada pada seseorang yang bekerja didalam hospital?. Dimanakah keikhlasan mereka membantu pesakit2. adakah mereka perlu ada (double standed) atau “pilih bulu” dalam menjalankan tangungjawab mereka?.. soalan cepok emas saya kepada pihak hospital, Jika adik beradik atau saudara anda(nurse,doktor) menjadi pesakit hospital ADAKAH MEREKA MENERIMA NASIB YANG SAMA SEPERTI SAYA?.
Maaf, saya bukan rempit. Dulu saya rappers jalanan..hehe zaman muda2.

SetelaH 3-4 jam menunggu dan setelah kaki xtray mereka pun mengesahkn kaki kanan saya patah dan perlu dirawat dengan pasang implant(seperti dalam gambar).kaki saya di gantung terlebih dahulu dengan pemberat 5kg(proses biasa sebelum pasang implan, selama 1 minggu).(gambar lama tiada)

Sebaldi nanah keluar

kaki3

Selepas 6 hari kaki saya digantung besi pemberat, seorang doktor(x ingat nama) berjumpa saya dan memberi tahu dia adalah doktor yg incharge pemedahan yang akan dilakukan. Apa yang memeranjatkan saya doktor itu SEBAYA SAYA!!…WOOW.. saya terperasan pd no k/p(tahun 1987) di name tag yang doktor tu pakai.doktor itu hanya berumur 20 tahun. Dalam fikiran saya sudah mula berfikir yg beliau adalah DOKTOR PELATIH. Memandangkan kaki saya dh digantung dn sy berada di hospital pakar(kononnya) saya pun bersetuju untuk menjalankan operasi pemedahan. Dan beliau ada memberi tahu bahawa beliau akan memasukan implant yang gred Apada kaki saya kerana pd msa itu stok lain sudah kehabisan.beliau juga memberitahu besi saya boleh dikekalkan.

Setelah selesai pemedahan, esoknya saya didatangi seseorang(bahagian fisio) dan menyuruh sya berjalan dengan perlahan2 dan membengkok kan kaki. Pada masa itu kaki saya hanya boleh bengkok 90¤ shj. Setelah itu, die berkata “kaki saya dah ok, esok boleh balik”. Saya pun gembira..
Semasa balik saya ada terfikir. Kenapa pihak hospital tidak xtray kaki saya selepas pemedahan?.. urmm.. maybe mereka lebih tahu ape yg mereka buat dan sy positifkan pun fikiran sy bhwa kaki saya akan sihat seperti sedia kala.

(saya ke seremban di rumah orang tua berpantang)

Selepas 3 hari di rumah ayah saya Kaki saya bengkak dengan mendadak!!!…( gambar lama hilang) saya demam panas, saya pun cuba befikiran positif, bahawa ini adalah perkara biasa. Tetapi demam saya berlarutan selama 7 hari diikuti kaki saya yg makin membengkak sebesar baldi sederhana. Hanya allah shj yg tahu bgaimana sakit yg saya tanggung.pada malam itu juga ayah saya menghantar saya ke sebuah hospital berdekatan di seremban(swasta). Dan semasa sy sampai sy berjumpa doktor wan hazmi lalu beliau memeriksa kaki saya. Setelah periksa beliau memberitahu bahawa kaki saya mengalami infection pada bahagian implant. Lalu beliau terus melakukan pemedahan dengan membuka kembali 20 jahitan. Dgn mata saya sendiri sy lihat sebaldi nanah keluar dari kaki saya. Beliau memberitahu bahawa kaki saya tidak boleh dijahit semula.. ya allah, bagaimana saya mahu lalui semua ini dengan melihat tulang kaki yg ada implant dgn mata saya sendiri tanpa jahitan?.. doktor itu juga mengesahkan bahawa operation sebelumnya gagal dan beliau mengeluarkan satu surat sokongan jika saya mahu membuka isu ini. Pada masa itu beliau pun tidak dpt memberitahu apa punca sebenarnya. Mungkin beliau tidak dapat melihat kecuaian sebenar memandangkan besi implant menutupi kecuaian(rujuk gambar dibawah “sebelum” operasi). Pada masa itu bayangkan 20 jahita(luka sebesar bola ragbi) dibuka dan dibiarkan pulih sendiri!!!ya allah.. Saya juga perlu membuat dressing setiap hari2. Seluruh keluarga saya tidak mampu walau pun melihat luka saya(terlalu besar sehingga nampak tulang peha). Setelah apa yg berlaku pada saya, Saya MULA mengalami (FOBIA DENGAN HOSPITAL) dan membuat keputusan untuk merawat sendiri mengunakan rawatan tradisional. Pada masa itu sy msih lagi fikir tiada kecuaian berlaku. Sy hanya fikirkan kesilapan itu mungkin terjadi akibat saya tersalah makan. Sy masih mahu Thing positive.

Hanya seorang yang mampu membersihkan luka saya iaitu isteri saya(pada masa itu kami hanya berkawan, dan tidak lama kemudian kami meminta izin org tua kami untuk bernikah).

Hari demi hari, minggu demi minggu , bulan demi bulan tahun demi tahun saya menunggu untuk melihat kaki saya kembali seperti biasa.tetapi luka masih berdarah dan bernanah. Namun utk sy tak akan ke hospital . Kerana takutkan kaki saya bertambah teruk. Jika Mahu meneruskan rawatan di hospital swasta pula tidak berkemampuan pula. Sy juga terpaksa bekerja mnjadi saleman simcard di eria k.lumpur memandangkan kami bukanlah dari keluarga yg berada.nak bekerja sebagai tekniksyen kilang(kelayakan sijil SkM) terpaksa sy lupakan.

2 tahun kemudian (2010)

Kaki saya tiba2 terasa sakit yang amat2 sangat dan membengkak. Nanah dan darah keluar dgn banyak , malah keluar “air bisa” yang banyak. Badan saya teramat panas(demam), tiada selera makan, dan tidak mampu berjalan. Setiap hari saya meraung. Lutut saya seperti diketuk oleh tukul besi dengan kuat setiap 5-10 minit!!!!… ya allah.. saya terlantar hampir 3 bulan. Sehingga kulit di bahagian belakang badan saya melekat pada tilam. badan saya yang berat 60kg turun dengan mendadak sehingga 40kg. Badan tinggal tulang dan kulit shaja.(gambar lama hilang). Dan sy sedar kaki saya tidak lagi boleh bengkok atau lurus.  yg sedihnya luka sy tidak elok2 lagi).ya allah!!!…

Saya mula sihat dari demam panas yg melampau. Dan saya bekerja semula di cyber cafe di nilai. Nasib baik kerja hanya duduk shj.

5 tahun kemudian(2015)

Luka saya beransur mengecil. Hanya ada 7 lubang kecil yang mengeluarkan darah dan nanah. Syukurlah, dari luka besar bola ragbi frown emoticon . Tetapi akhirnya ibu saya berjaya memujuk sy dan menghantar sy ke hospital kerajaan d seremban. Pada mulanya berjalan dgn baik dan amat mesra. Tetapi perkara tu tidak berterusan. Mereka pun xtray kaki saya dn mereka memberitahu bahawa skru kaki saya telah bengkok dan tidak dapat mengeluarkan 1 skru yg bengkok(sebenarnya bukan skru). Sy pun berfikir mungkin inilah takdir yang perlu saya hadapi. Lalu Mereka pun menetapkan tarikh pemedahan pada 3 disember 2015.

Doktor : Itu mata drill sudah patah

kaki2

Semasa sy dihospital, sehari sebelum pemedahan.Tiba2 seorang doktor cina datang ke katil saya.

Doktor : u tau x kaki u ada tertinggal besi drill, dan besi drill tu tertinggal patah didalam tulang kaki u semasa operation pertama?.

Saya : besi drill?..ape tu?.. patah?.. dalam tulang?..ape tu?..

(Doktor tu cuba memberi tahu secara terperinci)

Doktor : u tau sebelum orang mahu pasang skru pda kayu, mereka perlu buat lubang dulu terlebih dahulu mengunakan mesin drill?..

Saya : ok saya tahu..

Doktor : itu mata drill sudah patah, sekarang x boleh keluarkan, jika mahu keluarkan kita perlu membuat satu lubang besar pada tulang u dan korek itu besi keluar. Tetapi itu amat risiko!!..tulang u akan jadi rapuh.. doktor di hospital k.lumpur x cerita sama u ke?..

(Sy msih ingat doktor tu bergurau)

Saya : diorang xde cakap ape2 pun?..

Doktor : kalau macam tu, oklah, u sudah tau skrg. Kami tidak dapat keluarkan mata drill itu dari tulang kamu.

Saya : tak boleh cuba ke doktor?..ade infect ape2 x?..

Doktor : xde ape2.. u jangan risau(ayat seperti backup rakan sejawatannya)

Saya dan wife saling memadang dan tidak percaya..

Setelah operation tiada seorang doktor pun yg menjelaskan perkara sebenar. Semasa lawatan pun mereka tidak ke katil saya, dan tak tunjuk pada sy hasil xtray. mungkin mereka tidak tau bagaimana mahu menjelaskan. Sehingga saya terpaksa mencuri tengok xtray saya ketika mereka leka secara sembunyi(xtray seperti dlm gambar)..ya allah!!!.. dgn jelas sy nampak mata besi drill melalui xtray. Sy amat sedih. Bermacam2 bermain Dlm fikiran saya seperti boleh ke bahan operation (besi drill) kekal dalam tulang?.betul ke xde infection?.. selamat ke?..kenapa xde doktor yg jelaskan?..kenapa doktor di k.lumpur lakukan saya sampai begini?..patutlah kaki saya x boleh bengkok!!..sbab ada bende asing dalam kaki selain besi implant.. selepas seminggu saya mohon keluar, kerana saya terasa amat tertekan berada di hospital. Doktor pun membenarkan saya keluar dgn alasan saya seorang patient yg cerewet. Jika mahu cerita mcm2 lg perkara yg mmbuatkan saya menjadi benci dgn doktor. Perkara ni berlaku juga menyebabkan sy tidak dapat bekerja menyara keluarga dan membalas jasa ibu bapa sy. Sy juga terpaksa menyusahkan banyak pihak terutama ahli keluarga. Zaman muda sy jga habis begitu sahaja.jika semua berlaku akibat kecuaian sy, sy readho, tp ini melibat kecuaian hospital yg mungkin akan berlaku kpd org lain.

Hari ni saya buat keputusan untuk viralkan perkara ni, bukan nak menagih simpati, bukan nak meminta belas kasihan, atau mahu memburukkan mana2 pihak. Cuma mahu menuntut keadilan. Dan supaya perkara seperti ini tidak berlaku kepada orang lain. Sy hanya mahu seseorang memohon maaf dari wakil pihak hospital. Tetapi mereka seperti tiada salah bila perkara ni tidak dipandang serius. sy juga mengharapkan pandangan dari anda semua.

Bagi saya, untuk menjadi seorang doktor perlukan keikhlasan. Bukan kesempurnaan yang saya harapkan.

Terima kasih pada kerana sudi baca, komen.jgn lupa share ya..semoga allah membalas membalas jasa kalian..aamiin…

Sumber : Viral

SKIP THIS AD ×