berita

Betul Ke Keluang Man Bakal Difilemkan Tak Lama Lagi? Siapa Korang Rasa Best Jadi Hero?

October 5th, 2017 | by Wan
Filem Tempatan

Peminat tegar filem adiwira negara pasti teruja dengan khabar ‘Batman’ negara kita, Keluang Man bakal difilemkan tak lama lagi. Tapi betul ke?

Usaha untuk merealisasikan siri animasi popular 90-an itu dikesan apabila pengarah filem tanah air, Rizal Halim telah memuatnaik status gambar Aziz M. Osman memakai kemeja logo Keluang Man bersertakan kapsyen “My Producer for Keluang Man Zero Aziz M Osman already had his Keluang Man tshirt on..”.

Aziz M. Osman Bakal Terbit Keluang Man

Aziz M. Osman yang dilihat Rizal sebagai George Lucas versi Malaysia disahkan akan menggalas peranan sebagai penerbit filem di bawah nama Keluang Man Zero yang bakal menemui penonton tahun hadapan.

Pemilihan perlakon bermula

Juga menerusi laman profil Facebook Rizal, kelihatan seperti proses pemilihan pelakon telah pun bermula.

Terbaru, pengarah tersebut berkongsi pelakon, Sham Sunder Binwani akan memegang watak sebagai Dr Ramoo dalam Keluang Man Zero. Nampak iras kan Sham Sunder Binwani dengan watak, Dr Ramoo?

Walaupun pengarah Rizal nampaknya mengesahkan pembikinan filem tersebut, namun menurut pencipta asal watak Keluang Man, Encik Kamn Ismail, melalui profil Facebook rasmi Keluang Man, pihak beliau masih lagi belum dimaklumkan mengenai perancangan untuk merealisasikan filem ini ke layar perak.

Apa-apa pun, admin harap filem ini akan menjadi kenyataan. Mesti best!

Sumber: Rizal Hilman, Keluang Man

SKIP THIS AD ×