Nama anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim kembali menjadi bualan hangat selepas didakwa sudah berkahwin dengan lelaki yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Aslam.
Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Video Bekas Suami Dakwa Marissa Kejar Balik Selepas Nekad Nak Berubah – ‘Aslam Tak Boleh Lawan Kelemahan’
Artikel Berkaitan: Marissa Dania & Aslam Didakwa Sudah Bernikah Di Songkhla?
Betul dah kahwin
Terbaru, OhBulan! berjaya menghubungi kakak kepada isteri pertama Aslam iaitu Nadiah Mazlan. Menerusi kiriman mesej yang dibalas, Nadiah mengesahkan kesahihan berita perkahwinan Marissa dengan Aslam di Songkhla, Thailand.
Kata Nadiah secara ringkas, butiran yang didedahkan dalam laporan media juga tepat.
Ya betul (Marissa dan Aslam nikah di Thailand). Cerita sama macam apa yang dihebahkan.
Hari ini, laporan media mendedahkan Marissa dan Aslam telah melangsungkan pernikahan pada Disember lalu.
Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan dan keluarga Marissa.
Terdahulu, Marissa menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia menjadi orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga Misya.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.
Pada November tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun.
Menerusi ciapan di X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.