Jodoh memang tidak kenal usia. Begitulah pepatah yang boleh menggambarkan kisah pasangan suami isteri ini yang bahagia melayari alam berumah tangga meskipun mempunyai jarak usia sebanyak 23 tahun.
Artikel Berkaitan: 4 Tahun ‘Crush’ & DM Tak Henti, Peminat Akhirnya Jadi Isteri Artis Kesayangan – ‘Jumpa Sekali Terus Kahwin’
Artikel Berkaitan: Jarak Umur 32 Tahun, Pensyarah Setuju Kahwini Pelajar Lepas Seminggu Tolak Lamaran
Jarak usia suami isteri 23 tahun
Baru-baru ini, seorang pemuda berusia 24 tahun berkongsi kisah bagaimana dia nekad memilih seorang wanita berusia 47 tahun menjadi suri hatinya. Meskipun jarak usia mereka agak berbeza, namun ia bukanlah penghalang untuk mereka mengecapi kebahagiaan. Bercerita dengan lebih lanjut, lelaki yang dikenali dengan nama Geemie ini memberitahu dia dan isterinya berkenalan menerusi Facebook selama tiga bulan sebelum akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin. Menurut Geemie, pada ketika itu dia terdetik dan ikhlas mahu membantu kehidupan wanita itu yang merupakan ibu tunggal anak lima.
Tegur-tegur macam tu je dan bila tahu dia dalam kesulitan dengan lelaki mati dan anak-anak masih belajar. Saya ajak kahwin nak tolong. Kenal di Facebook Bulan 5, Bulan 8 terus kahwin, pakej anak 5.
Geemie akui pada awalnya agak kekok kerana anak sulung isterinya itu sebaya dengan usianya namun mereka semua dapat menerima dan menghormatinya sebagai bapa muda. Difahamkan, pasangan ini sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dan Geemie akui bahagia dengan kehidupannya bersama isteri dan anak-anak tirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat kemanisan rumah tangga pasangan ini. Tidak kurang juga, ada yang memuji niat dan keikhlasan Geemie yang mahu membantu seorang ibu tunggal selain menitipkan doa agar mereka sekeluarga hidup bahagia selama-lamanya.
Video
Sumber: Geemie8599