berita

Biar Betul! Maybank Offer Nak Bayarkan Bil Korang Selama Setahun Jika Gunakan Aplikasi MAE & Maybank2u!

August 1st, 2022 | by Syamirul
Kini Trending

Teknologi masa kini memang canggih! Semua orang dah gunakan pendekatan online untuk uruskan pendapatan bulanan.

Kalau sebelum ni kita selalu beratur untuk membayar segala jenis bil, baik bil elektrik, bil air, bil Astro atau bil telefon, sekarang ni kita ada cara yang jauh lebih mudah. Tak percaya?

Tolong lah percaya guys, segalanya di hujung jari sahaja, korang boleh buat semua jenis bayaran secara online menggunakan aplikasi MAE, laman web Maybank2u dan aplikasi M2U MY untuk membantu menjimatkan masa dan memudahkan urusan kerja.

Korang juga boleh mengikuti kempen yang dianjurkan oleh Maybank ini dan berpeluang memenangi hadiah seperti, Maybank akan membayar bil korang sehingga 1 tahun atau diskaun 50% daripada bil anda setiap bulan. Wow!

Untuk korang yang tak ada akaun Maybank tu jangan risau sebab korang juga boleh mengambil bahagian dalam kempen ini. Jom kita tengok macam mana nak sertai kempen ini.

Bayar bil dengan MAE semudah ABC!

Korang mesti biasa guna Maybank2u kan? Kini mereka mempunyai satu aplikasi MAE yang sangat berguna untuk korang membayar semua bil bulanan tau.

Mesti korang nak tahu macam mana nak gunakan aplikasi MAE ni untuk membayar bil kan? Jom ikuti beberapa langkah mudah ini.

Cara bayar bil dengan aplikasi MAE :

  • Langkah 1: Buka aplikasi MAE di peranti korang
  • Langkah 2: Di bawah “Quick Actions‘, korang klik pada ‘Pay Bills’ dan masukkan kata laluan Maybank2u.
  • Langkah 3: Pilih sama ada ‘Pay Bills’ atau ‘JomPAY’ untuk mula membayar bil korang

Pssst… hanya berbelanja minimum RM10 je korang dah boleh mengambil bahagian dalam kempen yang dianjurkan oleh Maybank untuk menggalakkan orang ramai membayar bil harian secara online. 

Korang juga boleh menggunakan platform digital Maybank yang lain, seperti laman web Maybank2u atau aplikasi M2U MY. Dengan hanya berbelanja minimum RM10 pun boleh menang hadiah tau. 

Mesti korang tertanya-tanya bil apa je yang boleh dibayar melalui aplikasi MAE ni kan? Antaranya ialah, bil insurans, bil telefon, bil internet dan banyak lagi lah.

Aplikasi MAE mudahkan urusan pembayaran!

Terdapat dua kaedah pembayaran dalam aplikasi MAE ni iaitu, ‘Pay Bills’ dan ‘JomPAY’. Kedua-duanya boleh digunakan untuk membayar secara online.

Proses pembayaran bil utiliti kini menjadi lebih mudah dengan ‘JomPAY’ tanpa perlu berkunjung ke kaunter. Caranya mudah je, korang hanya perlu :

  1. Buka aplikasi MAE di peranti korang
  2. Cari pilihan bayaran bil dan cari Logo ‘JomPAY’
  3. Masukkan kod bil korang
  4. Masukkan no. akaun bil utiliti korang di bahagian reference 1
  5. Masukkan jumlah bayaran dan sahkan pembayaran

Untuk korang yang ada komitmen bulanan macam bil insurans, bil telefon atau sebagainya boleh lah buat bayaran bulanan dengan ‘Pay Bills’ lagi mudah dan senang. Nak tahu sebab apa?

Kini korang boleh menikmati transaksi yang lebih pantas dan tidak perlu untuk isikan semula butiran bil korang setiap kali membuat pembayaran atau memasukkan bil yang salah, sebab bil korang akan terus di set kan ke senarai favourite. Mudah dan selamat!

Haa…terdapat juga sistem set up ‘recurring” yang membolehkan korang bayar bil secara tetap dan automatik setiap bulan. Mudah kan!

Berikut antara bil yang korang boleh bayar secara online je dengan Maybank :

 1. Membayar pinjaman pendidikan terus kepada PTPTN
– PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan
– PTPTN – Simpan SSPN Plus
– PTPTN – Simpan SSPN Perdana

2. Menyelesaikan bayaran cukai taksiran dengan agensi kerajaan seperti :
– Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
– Majlis Daerah Hulu Terengganu
– Majlis Daerah Pengkalan Hulu
– Majlis Daerah Besut
– Majlis Bandaraya Johor Bahru
– Majlis Bandaraya Pulau Pinang
– Majlis Daerah Batu Gajah
– Majlis Daerah Mersing
– Majlis Perbandaran Kajang

Lebih 2,000 penerima bertuah untuk dipilih, korang boleh bertaruh bahawa sebarang bil yang dibayar boleh diselesaikan dengan mudah dengan Maybank.

Korang dah tak perlu risau kalau terlupa nak bayar bil lepas ni!

Dengan MAE segalanya berada di hujung jari!

https://www.facebook.com/Maybank/videos/1135874303651835/

Yang menariknya, untuk korang yang tak ada akaun Maybank pun boleh menyertai kempen ni tau. Apa yang korang boleh buat ialah, muat turun aplikasi MAE kemudian daftar akaun MAE korang secara percuma dan terus boleh mengambil bahagian dalam kempen ni bersama-sama yang lain.

Aplikasi MAE ni ada banyak manfaat yang memudahkan urusan harian korang. Selain itu ia juga, boleh digunakan oleh semua orang asalkan berumur 12 tahun ke atas.

Selain menyertai kempen yang Maybank anjurkan, korang juga boleh menggunakan aplikasi MAE untuk melakukan lebih banyak urusan harian, seperti pembiayaan peribadi dengan Expenses atau Tabung!

Maybank hanya mahukan yang terbaik untuk penggunanya!

Memang tidak dapat dinafikan lagi, Maybank hanya mahukan yang terbaik untuk semua pelanggan mereka. Confirm tak menyesal gunakan aplikasi MAE ni!

Ohmaigawd! Mesti korang excited nak join kempen Maybank ni kan?

Cepat tunggu apa lagi, korang boleh muat turun aplikasi MAE dari Maybank2u sekarang di App Store, Google Playstore dan Huawei App Gallery.

  • Bil 1 tahun yang dibayar oleh Maybank dihadkan kepada RM2,500
  • Diskaun 50% dihadkan pada RM5 setiap bil
  • Maksimum 5 peluang untuk setiap penerima setiap bulan (contohnya, pengguna boleh membayar bil 5 kali kepada TNB pada bulan Julai)

Untuk sebarang info tambahan korang boleh klik sini atau layari laman Facebook Maybank.

SKIP THIS AD ×