Ingat lagi tak desas-desus yang mengatakan Johan Raja Lawak tertidur diatas tikar sembahyang? Haa, dek kerana kes tersebut, teruk juga isteri Johan, Ozlyn dihentam gara-gara memuat naik foto tersebut.
Belum reda kisah nan satu itu, tiba-tiba Ozlyn bengang dengan segelintir pengikut Instagram dek kerana foto anaknya bersolat ditegur.
Artikel Berkaitan :
- Foto Johan Raja Lawak Dikatakan Tertidur Ketika Solat, Ozlyn Perjelas Isu Sebenar
- Isteri Johan Bengang Cara Anak Bersolat Ditegur
Walaupun sudah memberi penjelasan berkenaan isu itu, semalam, Ozlyn telah memuat naik sekeping foto anaknya bersujud dengan kapsyen seolah-olah menyindir seseorang.
Lebih menarik, dalam kapsyen tersebut, Ozlyn turut menyampaikan pesanan Johan. Haa, nak tahu tak apa? Katanya, biar dia (anak-anak) kenal sajadah, dari dok mengata orang atas sajadah.
Hmm, deep memang deep apa yang dikata Johan itu. Mungkin ada kena mengena dengan isu yang terjadi sebelum ini. Pada siapa yang dituju hanya Johan dan Ozlyn saja yang tahu.
Kejap lagi kami pakai serkap jarang, orang kata memandai-mandai pula kan? Hehe. Kalau korang nak tahu, pengikut instagram mereka pun bersetuju dengan mereka tau.
Iyalah, kan niat mengajar anak-anak bersolat itu baik dan murni. Tak adalah nanti bila disekolah mereka terkial-kial untuk membuat amali solat kan?
Kredit Foto : Instagram Jozlynhanania