berita

‘Biar Dia Rasa!’ – A. Aida Puas Hati, Akhirnya Mas Khan Mengaku Bersalah

July 9th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Mas Khan berdepan dengan hukuman denda sebanyak RM17,000 atau penjara selama 26 bulan setelah disabitkan kesalahan mencuri mata wang kripto milik penerbit filem Datuk A. Aida yang bernilai RM213,805. Dia mengakui bersalah dalam pengakuannya semasa sebutan kes ketiga.

Negara kita ada undang-undang

Memetik laporan Harian Metro, Datuk A. Aida bersyukur dengan hukuman setimpal ke atas pelakon lelaki itu. Secara tidak langsung, hukuman itu boleh dijadikan pengajaran buat Mas Khan.

Biar dia rasa! Saya bersyukur penjenayah dijatuhkan hukuman. Semoga jadi pengajaran kepada orang lain juga supaya jangan mudah ambil kesempatan.

Negara kita ada undang-undang. Jangan fikir dia boleh lari dan terlepas begitu saja. Terima kasih pada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya meyelesaikan kes kecurian ini.

Akan buat saman sivil

Tambah A. Aida lagi, dia akan membuat tuntutan ganti rugi kepada pelakon itu. Bagaimanapun, dia akan bersikap professional dengan Mas Khan sekiranya terlibat dalam projek yang sama kelak.

Selepas ini saya akan buat saman sivil bagi menuntut ganti rugi. Sekarang ini saya dan pasukan peguam sedang buat kira-kira. Soal kerja saya okay. Kalau stesen televisyen mahukan dia, saya anggap itu rezeki dia. Saya seorang yang profesional dalam bekerja.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×