berita

‘Biar Mereka Luah’ – Beto Kusyairy Bidas Kenyataan Rakyat Malaysia Malas, Asyik Komen Negatif Di Media Sosial

July 14th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Beto Kusyairy membidas kenyataan segelintir individu yang menyifatkan rakyat di negara ini malas berusaha dan hanya memberi komen negatif terhadap situasi yang melanda negara di media sosial.

Artikel berkaitan: ‘Pimpinlah Melalui Tauladan, Dahulukan Rakyatmu’ – Beto Kusyairy

Artikel berkaitan: Ibu Menangis Syawal Tanpa Anak-Anak & Cucu, Beto Sebak Tak Boleh Balik Raya…

Lebih baik luah daripada pendam

‘Jangan asyik negatif dan marah saja. Mengadu sana sini dekat media sosial. Tapi usaha tak ada. Jangan malas. Setakat bising, caci maki begini apa dapat? Baik kau bantu negara. At least ada contribution.’

Menurut Beto, bukan semua manusia di atas muka bumi ini mempunyai kehidupan yang sama. Setiap manusia mempunyai ujian dan cabarannya tersendiri. Oleh itu, individu yang mengeluarkan kenyataan jangan asyik negatif dan mengadu di media sosial ini seharusnya berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

Brader. Yang tiap malam kenyang dan nyenyak dalam aircond, yang ribu riban masih dalam akaun, tak sama dengan yang tiap malam menyangkung di tepi sudut memikirkan mana lagi nak dicekau untuk letak makanan atas meja buat anak bini esoknya. Ditambah segala bil dan hutang. Ramai kawan kita yang sedang tertekan.

Tambah Beto, dia bersetuju setiap individu perlu mengadu dan memohon kepada Tuhan. Namun, media sosial juga boleh dijadikan medium untuk melepaskan amarah dan tekanan yang terbuku. Tambahnya, meredakan sesak di dada itu lebih baik daripada terus dipendam.

Kamu patut tahu

Banyak dah kes gantung diri dan terjun bangunan ni brader. Mudah-mudahan mendapat sedikit perhatian atau lebih baiknya bantuan daripada kawan-kawan. Bukan diperlekeh dan dibahaskan. Bagaimana nak beri sumbangan apabila keluarga dan diri berada dalam keadaan genting? Jadi biarlah mereka meluahkannya di sini. Kamu seorang pelakon dan kamu sepatutnya lebih tahu. Sepatutnya lah.

Ujar Beto, bagaimana setiap individu tersebut ingin membantu negara dan memberi bantuan kepada orang lain sekiranya diri mereka sendiri berada dalam keadaan susah. Di akhir ayatnya, Beto berharap individu tersebut memahami perasaan orang lain di sekelilingnya.

Sumber: Beto Kusyairi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×