berita

‘Pimpinlah Melalui Tauladan, Dahulukan Rakyatmu’ – Beto Kusyairy

May 26th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Beto Kusyairy menerusi satu ciapan di Twitter meninggalkan pesanan buat semua pemimpin agar mendahulukan rakyat dalam segala aspek dan menunjukkan tauladan yang baik.

Pimpin melalui tauladan

Tulis Beto, ramai yang sedang mengalami fasa ‘keperitan’ ketika ini tatkala negara sedang dilanda pandemik. Justeru, kepimpinan yang kurang bijak akan membuatkan rakyat hilang kepercayaan.

Sejumlah besar sedang melalui keperitan dan mereka yang cukup serba serbi mungkin payah untuk memahami. Kepimpinan yang kurang bijak menambahkan lagi bunyi-bunyi rakyat yang semakin tidak percaya akan kredibiliti.

Di akhir ‘mesej’ itu, Beto yakin penyatuan yang sebenar hanya boleh dicapai menerusi kepimpinan yang baik.

Sumber: Beto Kusyairy

SKIP THIS AD ×