berita

‘Biarlah Orang Bercerita Buruk Pasal Dia’ – Ibu Dedah Kisah Pengorbanan Dr Amalina Di London

June 17th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Nama Dr. Amalina Che Bakri sekali lagi mendapat liputan luas rakyat Malaysia sejak berjaya membantu menyembuhkan penyakit ‘Germ Cell Tumour’ di bahagian mulut adik Ainul Mardhiah. Dia sebelum ini menawarkan diri sedaya upaya membantu bayi tersebut.

Dr. Amalina turut mengaturkan jadual pembedahan bayi itu sehingga menjadi realiti. Ibu kepada Dr Amalina, Sabariah Hassan kongsi perasaan terharu atas kejayaan anak perempuannya itu.

Amalina mempunyai nilai insaniah

Jarang kita lihat Dr Amalina berkongsi rutin tugasannya di platform media sosial di institusi perubatan di UK, tempat di mana dia berkhidmat sebagai doktor perubatan. Sabariah Hassan mendedahkan cabaran yang terpaksa dihadapi Dr Amalina sepanjang proses membawa bayi itu ke London termasuk masalah kewangan dan pakar-pakar berpengalaman.

Saya terlalu terkejut dalam masa yang sama cukup terharu apabila Amalina mahu membantu Ainul dan meminta orang ramai untuk berhubung dengan ibu bapa itu. Saya sebak sangat menangis kerana bersyukur Amalina mempunyai nilai insaniah yang sangat tinggi.

Saya terbayang wajah Ainul sebelum pembedahan menerusi gambar-gambar dan melihat kesakitan yang dialaminya di depan mata sendiri semasa saya berada di London.

Amalina juga merayu sana sini

Seperti yang kita dapat lihat sebelum ini, Dr Amalina kerap menyeru dan memohon rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan kewangan bagi menampung kos perubatan adik Ainul di London.

Amalina juga merayu sana sini termasuk Instagramnya. Syukur, Allah permudahkan urusan dengan kerjasana kenalan di UK dan pihak lain di Malaysia.

Pakar-pakar perubatan yang hebat dan berpengalaman bukan sahaja teruja, malah, mereka mempunyai sifat keperikemanusiaan yang tinggi untuk menyelamatkan nyawa Ainul dan mengembalikan senyuman buat anak kecil itu dan kedua ibu bapanya.

Mama pray for me, pray for Ainul

Sabariah turut berkongsi rasa teruja yang dirasai Dr Amalina apabila dapat membawa bayi itu ke bumi London dan selamat menjalani urusan pembedahan membuang penyakit ‘Germ Cell Tumour’ di mulut Ainul.

Nampak wajah Amalina cukup teruja. Bukan mudah untuk membawa bayi dalam keadaan yang cukup kronik dan proses untuk menguruskan juga rumit tapi semuanya mengikut prosedur.

Amalina kata ‘Mama pray for me, pray for Ainul’, Amalina juga minta rakyat Malaysia doakan Ainul sembuh sepenuhnya.

Daripada mahu melayan kata-kata netizen

Menyedari penampilan terbaru Dr Amalina dikritik hebat netizen, ibunya itu menegaskan anak perempuannya itu tidak mengambil kisah sebarang tohmahan yang dilemparkan netizen.

Kami tidak kisah dan Amalina sendiri agak sibuk dengan kerja daripada mahu melayan kata-kata netizen. Biarlah orang bercerita buruk pasal dia. Dia juga dikritik kerana berada di luar negara tetapi membuktikan dengan pengalaman dan inisiatifnya dia juga mampu bantu rakyat Malaysia.

Selama ini pun, Amalina banyak berkongsi ilmu terutamanya berkaitan perubatan dengan pengikut di media sosial yang majoritinya ialah rakyat Malaysia.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×