Umum mengetahui, nama penyanyi Ismail Izzani sering menjadi topik hangat di media sosial selepas menceburi bidang lakonan, baru-baru ini.
Arikel Berkaitan: Tak Kisah Digelar ‘Nobita’, Ismail Izzani Anggap ‘Free Promotion’
Tidak memilih berlakon 100%
Ketika ditemui OhBulan! Mail atau nama sebenarnya Ismail Izzani, mengakui bahawa dirinya lebih cenderung dalam bidang muzik berbanding lakonan.
Menurut Ismail, menceburi bidang lakonan secara tidak langsung membuatkan dia kekurangan masa untuk mencipta lagu.
Bukan nak tolak tapi bila kita rasa diri tidak sesuai dengan bidang lakonan. Bagi saya sebagai entertainment dalam muzik, kerja tiga bulan untuk shooting drama menyebabkan saya tiada waktu mencipta lagu. Menyebabkan perkara tersebut membuang masa saya.
Ismail berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Patah Hati 2.0 di Z Botanica, 1 Utama pada Rabu.
Tapi saya tetap mengambilnya sebagai pengalaman, ia bukan sesuatu yang saya menyesal. Saya gembira keja sebagai pelakon. Walaupun berlakon tiada dalam diri saya. Tapi sekadar ingin mencuba saya boleh. Saya juga tidak memilih seratus peratus dalam lakonan.
Dalam pada itu, Ismail memaklumkan bahawa dia bakal membawa empat buah lagu untuk konsert tersebut yang akan berlangsung pada 23 November 2023 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.
Tiket Konsert Patah Hati 2.0 sudah mula dijual dengan harga bermula RM185 (Malam Ini Kita Punya) RM269 (Luar Biasa Sakit) RM299 (Purnama) & RM5,000 (VIP Box).
Tawaran menarik juga disediakan untuk ‘early bird’: Free Standing (Malam Ini Kita Punya) RM179, Normal Seating (Luar Biasa Sakit) RM259 dan Premium Seating (Purnama) RM285).
Tiket boleh dibeli menerusi lawan sesawang www.ticket2u.com.my.