berita

‘Bila Kes Nak Turun Kalau Macam Ni?’ – Erra Fazira

August 12th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Semalam, viral di media sosial sebuah video menyaksikan orang ramai dipercayai warga asing yang sedang beratur panjang bagi menunggu giliran mendapatkan vaksin di Rumah Prihatin Hotel Grand Season, Kuala Lumpur. Kegagalan mereka untuk patuh akan prosedur operasi standard (SOP) secara tidak langsung boleh menambahkan kes harian di negara kita.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Siap ‘Berpeluk’, Pegang Tangan Tunggu Nak Cucuk Vaksin

Video berkenaan turut mendapat perhatian pelakon dan pengacara Erra Fazira yang berang dengan situasi tersebut.

Dah pesan berjuta kali

Erra Fazira memuat naik video berkenaan beserta kapsyen di laman Instagramnya meluahkan rasa terkilan dan terkejut dengan apa yang telah berlaku melibatkan orang ramai beratur tanpa menjaga penjarakan sosial. Pelakon Maria Mariana ini memohon agar orang ramai untuk terus menjaga SOP seperti mana disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini.

Apa ni?! Allahuakbarrrr..!!! Kenapa macam ni sekali?? Mana letak akal?? Dah pesan berjuta kali. Jaga jarak, jaga SOP! Kenapa masih begini?? Kalau di khalayak pun terang-terangan tak ikut SOP. Di rumah, ditempat kerja, mereka ni rasanya jaga SOP tak?

Memang hauslah. Nak suruh tangkap, buat semak lokap dan balai je! Tapi tolonglah ada kesedaran. Allahuakbar, bila kes nak menurun kalau macam ni. Nak suruh tutup semua tempat kerja, nanti ekonomi bertambah lumpuh. Rakyat pun bertambah susah. Bila dah diberi kerja, JAGALAH SOP. Tolonglah!

Kenapa macam ni sekali?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Tambah Erra lagi, dia mencadangkan agar pihak berkuasa mengenakan saman kepada individu yang melanggar SOP agar menjadi pengajaran buat mereka.

Saman mereka ni!! harap-harap dengan saman, rabak poket. Baru boleh sedar sikit! Mungkin lepas ni takut sikit! Mereka mungkin tak takut risiko nyawa melayang tapi risiko TAK ADA DUIT bayar saman mungkin boleh mengajar mereka yang tak peduli atau patutkah mereka dirotan seperti apa yang berlaku di India? Kalau degil rotan on the spot? Hmmmm.. macam mana ek nak fahamkan mereka ni??!! Sedih la macam ni.

Sementara itu, memetik laporan BH Online, Polis Daerah Dang Wangi telah bertindak mengerahkan pasukan pematuhan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hotel Grand Season selepas mengesan berlaku kesesakan di situ. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata pasukan pematuhan membuat hebahan selain turut mengawasi lokasi luar PPV berkenaan.

Susulan tindakan pantas itu pasukan pematuhan berjaya mengawal keadaan di PPV berkenaan sehinggalah program vaksinasi berakhir.

Sumber: Erra Fazira, BH Online

SKIP THIS AD ×