Seperti manusia, haiwan juga mempunyai hak untuk hidup dan diberi layanan sewajarnya. Malahan dalam Islam, meskipun haiwan seperti anjing dianjurkan untuk dilayan dengan perikemanusiaan sama seperti haiwan lain.
Screenshot perbualan kumpulan Whatsapp yang membabitkan kes meracun anjing membuatkan ramai pihak tersentak dan kesal dengan tindakan itu.
Racun anjing di kejiranan
Screenshot berkenaan dikongsikan di page Facebook Malaysian Dogs Deserve Better dan setakat ini meraih lebih 4 ribu perkongsian. Pengendali page berkenaan mempersoal tindakan kejam penduduk yang tergamak meracun anjing yang berkeliaran di kawasan perumahan mereka.
Jiran beri makan
Sah kena racun
Letak racun dekat masjid
Apa yang lebih menyedihkan, ada yang mengakui meletakkan makanan anjing bercampur racun di kawasan masjid setelah melihat anjing-anjing berkeliaran berkenaan menjadikan kawasan itu sebagai ‘port’.
Netizen luah rasa marah, geram
Sumber: Malaysian Dogs Deserve Better, Twitter