berita

‘Bilal My Natural Alarm Clock, Boleh Guna Peluang Untuk Beribadah Lebih’ – Neelofa

April 8th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Bulan Ramadan kali ini lebih ‘meriah’ untuk selebriti tersohor, Noor Neelofa dengan kehadiran cahaya mata sulungnya, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu. Biarpun perjalanan penuh cabaran namun pengalaman itu menampakkan sisi matang Neelofa.

Artikel Berkaitan: Dekat DM Tak Henti Netizen Tanya Pasal Wajah Anak, Neelofa Mohon Masa – ‘Bagi Bilal Besar Dulu Dan Kuat’

Artikel Berkaitan: Neelofa Cuba Elak Bilal Jadi Tumpuan – ‘Rasanya Ini Yang Terbaik’

Artikel Berkaitan: Neelofa Lakar Sejarah Miliki Al-Quran Beridentiti Sendiri, Sasar Lebih 30,000 Jualan Untuk Wakaf

Nak guna sebanyak masa yang boleh

Tahun pertama menyambut Ramadan dengan gelaran ibu, Neelofa, 33, menyifatkan Bilal sebagai ‘natural alarm clock’ buat dirinya.

Kata pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, kehadiran Bilal memudahkan lagi urusan dia untuk beribadah sepanjang malam di bulan mulia ini.

Untuk Ramadan kali ini, berpuasa dengan anak kecil saya rasa dia boleh jadi my natural alarm clock. Untuk bangun sahur, nak luangkan lebih masa untuk beribadah pada waktu malam, jadi lebih mudah sebab kena bangun berkali-kali.

Kiranya inilah peluang untuk ibu-ibu yang baru melahirkan. Kita boleh gunakan peluang ini dengan sebaiknya untuk beribadah lebih.

Kena pandai urus masa

Sudah kembali bekerja, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot tetap meletakkan Bilal sebagai keutamaan utama.

Isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail ini akui selepas Bilal muncul dalam kehidupannya, dia mampu menguruskan masa kerja dengan lebih teratur.

Tapi tak adalah terus-menerus nak kerja berat terutamanya untuk kerja-kerja seni. Saya buat secara perlahan-lahan. Tak adalah rancang nak fokus pada kerja sahaja.

Senang cerita, yang mana sesuai dan okey dengan masa, saya akan terima. Yang mana belum lagi, saya simpan dulu atau ketepikan dahulu. Tengok pada situasi.

Kalau cakap pasal masa, memang sekarang kena pandai uruskan dengan baik. Saya kena sesuaikan dengan masa Bilal. Itu adalah keutamaan saya sekarang. Tapi masa yang paling senang adalah ketika dia sedang tidur.

Untuk rekod, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Sehingga kini, pasangan popular ini belum berkongsi wajah anak kepada umum atas sebab mengelakkan penyakit ain.

SKIP THIS AD ×