berita

Bilik Tidur Ke Sarang Lipas Ni? Gelinya!

January 10th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Pengotor! Boleh pula dia tidur dalam bilik yang penuh dengan sampah dan lipas mati macam ini. Seorang rakan dan penghuni dalam rumah ini mendedahkan dirinya terkejut apabila melihat keadaan jijik seperti ini di dalam bilik housemate ketika ketiadaannya.

Dia berbau busuk

Foto ini dimuatnaik Micho Teh dan mendedahkan keadaan bilik rakan serumahnya itu. Dia turut memberitahu penghuni tersebut bukan rakannya dan gemar makan sendirian di dalam bilik.

Dia berbau busuk dan rambutnya berminyak. Saya dan Nobu menganggap dia mempunyai isu kebersihan yang sangat serius dan membayangkan bilik tidurnya terlalu kotor tetapi memandangkan kami merancang untuk berpindah keluar pada bulan ini, kami biarkan saja.

Selepas dua minggu, kami dapati lipas semakin banyak di dalam rumah.

Dialah punca

Namun, dua penghuni ini mula terkejut apabila terlihat sejumlah beberapa ekor lipas keluar dari tingkat atas kediaman itu. Ada juga terlihat lipas terbang keluar dari bilik penghuni berkenaan.

Akhirnya, Micho Teh dan Nobu bertindak memberanikan diri masuk ke bilik itu untuk buat pemeriksaan ketika penghuni tersebut tiada di rumah.

Cuba teka? Dia lah punca…

Mereka terlihat keadaan bilik tersebut penuh dengan sampah-sarap sekali gus menjadi punca pembiakan serangga.

Terpaksa tinggal di rumah rakan buat sementara

Saya hanya berkongsi mengenai apa yang saya dan rakan serumah lain lalui. Kedua-dua mereka tertekan, malah seorang daripada mereka meminta saya untuk menutup biliknya dengan pita dan dia terpaksa tinggal di rumah rakannya buat sementara.

Terpaksa membersihkan

Saya dan rakan lain berusaha membersihkan kekotoran itu. Tak ada apa yang seronok apabila rumah dipenuhi banyak lipas mati dan bau semburan kimia.

Bilik ke apa ni?

https://www.facebook.com/TheStarTVdotcom/videos/1989274247846434/?__xts__[0]=68.ARDu7ALQM88rLmIO3vPDgsgPlgytvW7yaJ7hDnHa0jlbqwLHUFwUzQnFqJyQFsgD0W44XHxUM75PpBvHiHreZOnV13oUmSV1Oh5Uvb1NRSsrBI7OYDQgdpt-niKMHrkquT5t3pIVkv2MG0x9CqWyLkHS2Cnl31NyQ5xuSa7ek4UcZTUrd_tJOhts2Msl5zd7R9PvA5HeyywL2_5slAR48dVetljU0aUAa7cO3Co5ZXOZclJV7VORuzJByIZZURbZBv_Mc3s7MNPnYj3hMt3ubJGOg8O8X_OBBQiuodyBVA2CLy0OpVo9p8bn7m_Cc-NxApV5rDI625GSfJmAczH_XHGb4fFyca0P&__tn__=H-R1.g

Petikan video ini diambil dari The Star TV yang memperlihatkan keadaan bilik sewa tersebut. Dipenuhi dengan sampah dan terlihat beberapa ekor lipas. Sungguh kotor!

Sumber: The Star TV, Micho Teh

SKIP THIS AD ×