Pelakon popular Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa berang apabila seorang wanita tergamak songlap wang isterinya bernilai puluhan ribu ringgit.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Abang Jangan Serius Sangat! Nampak Real, Tak Macam Kena Paksa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Malik Dah Jadi Malika’ – Netizen Terhibur Aaron Aziz Tadah Muka Kena ‘Makeup’ Dengan Anak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Handsomenya Macam Orang Jepun!’ – Anak Sulung Aaron Aziz Berjaya Genggam Pra Diploma
Bini aku bagi kau rezeki
Menerusi sebuah posting di Instagram, Aaron berkata, dia berasa sangat geram dan ingat muka wanita tersebut kerana tergamak melakukan perkara sedemikian terhadap isterinya iaitu Datin Diyana Halik.
Bini aku bagi kau rezeki untuk kau bagi anak dan laki kau makan. Bini aku percaya kau. Tapi kau pilih untuk balas bini aku dengan mencuri duit hasil jualan selama ini.
Tambah Aaron, individu tersebut sanggup mencuri dan makan duit hasil jualan tanpa pengetahuan isterinya selama ini.
Rupanya kau telan duit halal dia dalam mulut kau secara haram! Saya saksi dia ke hulu ke hilir, penat sampai sakit. Kamu sangat biadab, pendusta dan manusia yang tak bersyukur.
Sumber: Aaron Aziz