berita

Bintang Paling Popular BH 2014 Milik Shaheizy Sam

April 5th, 2015 | by Wan
Kini Trending

saaam

Sebentar tadi telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) yang bersiaran secara langsung dari Arena of Stars Genting Highlands.

Tampil dengan tema Semarak Cinta, ABPBH kali ini menampilkan gandingan tiga pengacara hebat iaitu Amy Mastura,  Sherry Alhadad dan AG Hotfm.

Gemuk Is Awesome!

bam

Sebanyak 15 kategori dipertandingkan dan di sebalik nama baru yang tercalon, calon lama yang dilihat cukup sinonim dengan pertandingan tahunan ini masih lagi dilihat menggungguli carta.

Ternyata usaha keras pelakon Shaheizy Sam membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2014. Sementara itu kejutan berlaku apabila Abam muncul Artis Komedi Lelaki Paling Popular menewaskan pelawak terkenal Jep Sepahtu.

sm

Malam kemuncak ABPBH 2014 turut memberi penghargaan kepada Tan Sri SM Salim dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di atas sumbangannya terhadap industri musik tanah air.

Berikut kami lampirkan keputusan penuh pemenang-pemenang ABPBH 2014. Macam mana artis kesayangan korang menang ke tidak?

Apa-apa pun tahniah kepada semua pemenang! Yang tak menang boleh cuba lagi tahun depan okay?

1 – Artis Baharu Lelaki Popular

Hafreez Adam

2 – Artis Baharu Wanita Popular

Ayda Jebat

3 – Pengacara TV Lelaki Popular

Datuk Aznil Nawawi

4 – Pengacara TV Wanita Popular

Neelofa

5 – Penyanyi Lelaki Popular

Akim

6 – Penyanyi Wanita Popular

Adira

7 – Artis Duo/Berkumpulan Popular

Akim & The Magistrate

8 – Pelakon TV Lelaki Popular

Shah Iskandar

9 – Pelakon TV Wanita Popular

Nad Zainal

10 – Pelakon Filem Lelaki Popular

Shaheizy Sam

11 – Pelakon Filem Wanita Popular

Siti Saleha

12 – Artis Komedi Lelaki Popular

Abam

13 – Artis Komedi Wanita Popular

Didie Alias

14 – Penyampai Radio Lelaki Popular

Johan (Era)

15 – Penyampai Radio Wanita Popular

Fara Fauzana (Hot)

SKIP THIS AD ×