berita

Bintang Running Man Yoo Jae Suk Terbabit Kemalangan Kereta

July 7th, 2014 | by Ai
Kini Trending

69002263

Siapa di sini tak pernah terlepas menyaksikan episod Running Man? Kalau ada, anda pasti kenal dengan tunjang utama siri popular tersebut iaitu Yoo Jae Suk kan?

Khabarnya, komedian ini terbabit dalam kemalangan ketika membuat latihan lumba kereta di lapangan lumba kereta Songdo, Korea Selatan.

Tapi jangan risau, menurut laporan mStar Online, Jae Suk mengalami kemalangan ringan dan tiada kecederaan dilaporkan. Fuh, nasib baik!

jaesuk

Kalau korang nak tahu, latihan tersebut bertujuan untuk sebuah segmen istimewa sempena acara Korea Speed Festival 2014.

Malangnya, kereta yang dipandu Jae Suk secara tiba-tiba melanggar pagar selepas tergelincir akibat dari permukaan jalan yang licin ketika latihan beberapa hari lalu.

Menurut pihak pengurusannya, hanya beberapa bahagian kenderaan saja yang rosak dan Jae Suk akan tetap meneruskan acara tersebut sempena festival berkenaan.

SKIP THIS AD ×