berita

Bintang Thailand Bright Vachirawit Siap Datang Malaysia Hanya Untuk Kiehl’s? Biar Betul Ni!

March 16th, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Kehadiran bintang Thailand Bright Vachirawit ke Malaysia baru-baru ini telah dimeriahkan dengan ribuan sorakan daripada peminat artis tersebut. Min salah seorang dari nya tau!

Mesti korang tertanya-tanya kenapa Bright Vachirawit datang Malaysia buat kali kedua betul tak?

Dengar cerita dia datang untuk memeriahkan lagi satu majlis istimewa yang diadakan baru-baru ini? Wow!

Nak kulit flawless pilihlah Kiehl’s!

Untuk meraikan kejayaan serum terlaris Kiehl’s #1 Clearly Corrective Dark Spot Solution, Kiehl’s Malaysia telah mengadakan satu acara khas di Centre Court of Mid Valley Megamall dengan penampilan dan persembahan istimewa daripada selebriti Thailand Bright Vachirawit Chivaaree. 

Kalau korang nak tahu, sudah 10 tahun serum #1 Clearly Corrective Dark Spot Solution menjadi serum yang terbaik untuk siapa-siapa yang nak dapatkan glass skin.

Bukan setakat Bright je, kita juga ada Chen Yixin dari Singapura dan Sharifah Rose untuk menyerikan lagi majlis ini. Best kan?

Tapi bukan nak cakap apa lah, mengikut pengalaman min sendiri sebagai pengguna memang semua produk dari Kiehl’s sangat bagus terutamanya serum Clearly Corrective Dark Spot Solution ni.

Betul ke serum ni function? Jawapan dia memang betul!

Ini sebab kenapa korang kena dapatkan serum #1 Clearly Corrective Dark Spot Solution hari ini juga tau.

  1. Mampu mengurangkan bintik hitam yang ada di wajah.
  2. Meratakan tona kulit .
  3. Memiliki formula Activated C dan ekstrak White Birch yang bagus untuk memudarkan dan mencegah bintik hitam.
  4. Tekturnya yang ringan dan mudah meresap tanpa meninggalkan rasa melekit.

Haaa…Excited tak? Kalau nak dapatkan kesan yang lebih baik korang juga disarankan untuk menggunakannya dengan produk Kiehl’s yang lain. Tak sabar nak flawless sama-sama! 

Siap ada pop up store lagi!

Korang tahu tak yang Kiehl’s ada buka pop up store di Mid Valley Megamall pada 27 Februari 2023 hingga 5 Mac 2023 yang lalu.

Apa, tak sempat nak pergi? Jangan risau sebab mereka akan buka lagi satu pop store di One Utama pada 14 Mac 2023 hingga 19 Mac 2023. Jadi tunggu apa lagi, cepat save tarikh ni supaya korang tak lupa. Jangan cakap min tak bagi tahu ya!

Ni lah peluang korang untuk berkunjung ke pop store mereka untuk check sendiri masalah kulit korang. Psstttt….Free je tau!

Yang lagi best, korang siap boleh lakukan analisis kulit yang lebih mendalam dengan Derma-Reader Pro oleh Kiehl’s Skin Pros. Teknologi ni memang antara yang terbaik untuk menganalisis masalah kulit kita.

Korang juga akan diajar tentang 14 jenis lapisan kulit siap dapat percuma 5 keping kit sample Kiehl’s yang sesuai mengikut kulit korang. Ini yang kita mahukan!

Jangan lupa untuk meneroka ke dalam Clarity Immersive Room yang dipenuhi dengan kaca tau. Memang syok lah weh!

Korang tau tak yang korang boleh menang hadiah hanya dengan satu posing je? Ya…Korang hanya perlu pose mengikut kreativiti masing-masing dan share di laman sosial. Mudah kan!

Bagi siapa-siapa yang berjaya meneroka semua pop store Kiehl’s yang ada ketika itu bakal menerima travel set kit dari Kiehl’s. Ini yang buat kita lagi excited nak pergi ni!

Tujuan utama pop up store ini adalah untuk membantu korang mengenali lebih mendalam tentang fungsi produk Kiehl’s dan masalah kulit yang korang hadapi.

Bukan apa, min tau kadang-kadang kita pakai macam-macam produk tapi masih tak nampak kesan betul tak?

Jadi gunakan peluang ini untuk check sendiri masalah kulit korang serta mendapat khidmat nasihat dari Kiehl’s Skin Pros. Bukan biasa-biasa!

Go Green bersama Kiehl’s!

Pihak Kiehl’s juga mengharapkan kita sebagai pelanggan untuk sentiasa menjaga alam sekitar. Oleh itu, mereka berharap agar kita dapat mengitar semula bekas produk Kiehl’s yang kita pernah gunakan.

Jom sama-sama kita support usaha Kiehl’s yang sentiasa mementingkan penjagaan alam sekitar untuk masa depan yang lebih cerah.

Ini baru betul ‘Nature, Science, Service’!

Cepat dapatkan produk Kiehl’s dan jangan lupa untuk berkunjung ke pop store mereka di One Utama tau.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Kiehl’s atau laman Facebook, Instagram dan Tiktok mereka.

SKIP THIS AD ×