Harini tersebar luas di seluruh negara mengenai berita Cikgu Azizan bebas daripada sebarang pertuduhan mencederakan anak muridnya. Cikgu Azizan didakwa menampar anak muridnya yang didapati terlibat dengan pelbagai masalah disiplin seperti menghidu gam, buli pelajar dan bergaduh. Namun, mahkamah mengarahkan ibu bapa murid tersebut menarik semula pertuduhan dan mengishtiharkan Cikgu Azizan tidak bersalah.
Artikel berkaitan: Alhamdulillah, Cikgu Azizan Bebas, Netizen Mahu Hantar Bekalan Gam Kepada Murid
Terpanggil mengenai isu ini, Dr. Kamarul Arifin telah membuat sebuah ‘thread’ di Twitternya mengenai bahana hidu gam. Jom kita ikuti thread ini.
Ada dadah murah
Mudah didapati dan disimpan
Rosak saraf otak
Hidu gam akan hilang pertimbangan
Diharap perkongsian daripada Dr. Kamarul ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat tentang betapa bahayanya menghisap gam ini. Semoga selepas ini ibu bapa akan lebih peka dengan perilaku anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan najis dadah ini kerana kelak, gelap masa hadapan.
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin