Bagi yang mengikuti perkembangan kes penyanyi rock tanah air Awie dan isterinya, Rozana Misbun sudah pasti tertanya-tanya siapakah yang berada di pihak yang benar.
Kisah ini mula menjadi perhatian media apabila Awie didakwa telah memukul Rozana di Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun yang lalu. Namun, Awie mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut.
Artikel Berkaitan:
Menerusi update terkini di myMetro sebentar tadi, Awie dikatakan berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara bagi ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan dengan Rozana di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Rozana Misbun pernah memberitahu pihak media bahawa dia rindukan anaknya
Malah, Awie yang diwakili oleh Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain turut memberitahu Awie juga mendapat perintah injuksi terhadap Rozana untuk tidak mendekati penyanyi itu serta anak-anaknya dalam apa jua cara termasuk melalui media cetak dan elektronik.
Untuk rekod, Awie dan Rozana bernikah pada tahun 2005 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha.